Saturday, August 22, 2009

SENGAJA SASUL ?

HEMAH BERKEMPEN !

Pabila puasa biar betul
Semoga doa termakbul
Suci Islam jangan cabul
Tapi PAS berbuat bacul

Ramadan setahun sekali
Umat Islam wajib insafi
Aktiviti parti tak kecuali
Masih juga melanggari

Ahli UMNO berwaspada
Usah langgar adab puasa
Usah pula dipijak kepala
Hemah kempen mesti ada

Fatwa yang nik aziz beri
Sokong UMNO jadi keji
Neraka saja layak pergi
Macam syurga dia miliki

Sempena Ramadan mulia
Diguna otak Allah kurnia
Gaya nik aziz buat bicara
Senda Islam, politik utama

Suruhan Islam tepat betul
Hanya pengikut jadi biul
Demi dunia sengaja sasul
Tentuan Allah menyusul

serling
[23.08.09]
ahad
….
BH:22.08.09:sabtu:
-“Puasa bukan halangan dua calon bertemu penduduk”
-“BN teruskan kempen berhemah”
-“Nik Aziz diminta beri ‘fatwa’ status syurga, neraka PKR, DAP”

No comments: