Tuesday, December 31, 2013

LALUAN 2013

LALUAN 2013
(DALAM INGATAN)

Awal Januari mengejutkan kita
Pemergian seorang wira negara
Mendiang Kanang banyak jasa
Enam puluh lapan tahun usia

Bulan Februari gegarkan negara
Pencerobohan Sulu bersenjata
Dakwa Sabah sebagai miliknya
Kaedah rundingan tidak berjaya

Terkorban sepuluh orang anggota
Melibatkan pihak polis dan tentera
Enam puluh musuh terbunuh juga
Kini Lahad Datu tenteram semula

Tidak patriotik pembangkang kita
Dituduhkan UMNO sengaja reka
Kebetulan pula PRU 13 bakal tiba
Dijadikan isu kempen pilihanraya

PRU 13 dalam bulan Mei laksana
Kerusi BN seratus tiga puluh tiga
Kekal perintah negara Malaysia
Kecewa anwar amat luar biasa

Kepangkuan BN , Kedah pula
Semua kerajaan negeri BN kuasa
Kecuali tiga negeri PR kepala
Sehinggalah PRU 14 bakal ada

Dua PRK kawasan DUN jaja
Di Trengganu dan Kedah sua
Status pemilik DUN kekal juga
Satu BN dan satu Pas punya

Isu 'kalimah Allah' belum reda
Walaupun mahkamah putusnya
Tahun depan rayuan lagi ada
Putusan kini hak Islam sahaja

Awal Disember banjir melanda
Kira-kira tujuhpuluh ribu mangsa
Pahang, Trengganu dan Johor kena
Terburuk tigapuluh tahun jumpa

Sebahagian catatan jangan lupa
Baik dan buruk tempuhi bersama
Semoga tahun hadapan berceria
Murah razeki dan sehat sejahtera

serling
(31.12.2013)
selasa
.....



No comments: