Friday, April 10, 2009

IKTIBARKAN !

HIKMAH DIBERI 'AMARAN' !

Ketua pemuda tanpa jawatan
Banyak pihak mahu jawapan
Masa mertua hebat kenangan
Itukah antara asas timbangan

Enam bulan usaha jelajahan
Kempen jadi KP diusahakan
Raih 304 undian setiakawan
Nyata majoriti tak berkenan

Beza mukhriz yang tewaskan
Masuk tanding tiada amaran
Tinggi undi exco direkodkan
Terjunan KJ dulu gamamkan

Kali pertama KJ tandingkan
Dulu Naib KP dikacangkan
Aura mertua tolong lonjakan
Syukur KJ liabiliti gugurkan

KJ hanya individu seorangan
Kata ucapan menang kotakan
Gunakan setiakawan balutkan
Jika tidak larat, letak jawatan

serling
[10.04.09]
jumaat

No comments: