Wednesday, April 8, 2009

BIAR BETUL-BETUL !

SEMPENA KABINET BARU !

Bersih, cekap dan berupaya
Harapan kabinet baru cipta
Pada najib diamanah segala
PM baru mesti berimej waja

Ketuai sayap bukanlah utama
MP menang PRU12 pun sama
Mantap sayap keutamaan hala
Peratus undi dapat kena cakna

Tamat PAU terkini baru sahaja
Ketua Pemuda dan Puteri sama
Undian diterima demikian rupa
Undian KP ada yang mencuriga

Tika memilih calon pilihanraya
Jawatan parti bukan ciri utama
Lebih kepada bersih dan upaya
KJ liabiliti parti jangan percaya

MCA buat permintaan terbuka
Ada sidang akhbar luah suara
Sedarlah diri kerusi MCA ada
Ratio kerusi menang perguna

Bila suarakan tuntutan terbuka
Bagaikan tekan najib kita rasa
Jika najib akur, bagai dulu juga
Semoga cabinet baru tiada cela

serling
[09.04.09]
khamis
…..
p/s:
-BH:09.04.09:khamis;
“Kabinet baru hari ini”

No comments: