DAHULU BAPA, KINI ANAK !
Esok 07 R ’Akhir 1430 hijrah
Jumaat 03 April 2009 sejarah
Undur dari PM oleh Pak Lah
Tampil Najib pegang amanah
Acara rasmi di Istana Negara
Restu YDA tetap terpelihara
Najib perlu sokongan semua
Urustadbir Negara tetap jaga
Bapanya Tun Razak dulu wira
September 1970 PM kita kedua
Selepas 13 Mei 1969 melanda
Apabila Tunku undur sukarela
Bagai sejarah diulangi semula
39 tahun kemudian, anak pula
Tsunami politik PRU12 timpa
Undur Pak Lah ala Tunku juga
Beban najib lebihi beban bapa
Tsunami ekonomi landa dunia
Malaysia juga kena impaknya
Dua tsunami terpekej bersama
Legasi Tun Razak amat serlah
Bapa Pembangunan anugerah
Yakin Najib ikut jejak langkah
Pada Najib harapan kita serah
serling
[02.04.09]
khamis
…..
p/s:
-BERNAMA.COM:02.04.2009:khamis
“Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Sebagai Perdana Menteri”
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment