BACUL TAK TANDINGI !
BN Parti terkuat perakui
Negara Malaysia kuasai
Najib PM keenam ketuai
03 April 2009 dia mulai
Hanya lemparan dikongsi
Ketika buat lawatan rasmi
18 April 2009 diperingati
Di Pahang asalnya negeri
Najib tak mahu tandingi
Itulah diuarkan sana sini
Putusan rasmi tiada lagi
Luahan TunM menepati
Tersangat menarik hati
Pabila najib bertekateki
Bakal PRK N12 Penanti
Cetus dua beza persepsi
Pada BN rakyat tak benci
Faktor calon yang hantui
Suara najib amat fahami
Plus serangan tanpa henti
Bola sepak jadikan analogi
Padang sama, bola dikejari
Guna akal mudah dominasi
Tektik bijak sering menangi
Bola Sepak kelantan hayati
Rusuh penonton buruk jadi
Para pemain tak patah hati
Berjaya ke final patut ikuti
Firasat hamba selaku ahli
Najib sedang buat ujikaji
Mantapkah BN dia warisi
Bersediakah ahli satu hati
Pada najib harapan tinggi
Silap TunLah usah ulangi
Pengundi Penanti hormati
Semangat ahli parti hargai
Berkali-kali PRK hadapi
Hanya tiga wakilnya mati
Selebihnya PR mewarnai
1 Malaysia buat inspirasi
Najib jadi PM kita terkini
Muhyididn kena tawar diri
Tugas PRK wajar digalasi
Bacul BN jika tak tandingi
serling
{20.04.09)
isnin
……
p/s:
UM:19.04.09:ahad:
“BN perlu ‘lawan’ di Penanti”
“UMNO P.Pinang patuhi apa sahaja”
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment