Thursday, April 16, 2009

KASIH BERPILIH ?

MASIH ADA BUTA HATI !

Elizabeth dan Fairus separti
Hanya beza tempat mewakili
Selangor dan P.Pinang lokasi
Imej buruk PKR duanya seri

Guan Eng dan Fairus, lelaki
Elizabeth dan Khalid serasi
Moral Elizabeth berat lalui
Sifat ‘bunga’ ramai simpati

Fairus lulusan UIAM diakui
Tuduhan rasuah dia hadapi
Letak jawatan wakil Penanti
Belumpun perbicaraan lalui

Jika cabinet, KPI kena ikuti
Semua YB ada etika patuhi
Moral Elizabeth cemar kini
Budak pun tahu nilai murni

Jika begitu piawai PKR akui
Lain moral dan rasuah dierti
Moral tidak terlihat buat keji
Adakah ‘liwat’ hal biasa kini

Satu demi satu peristiwa lalui
Dulu tanggal 16.09.08 bohongi
Exco PKR Kedah larikan diri
Tuah PRK B.Selambau dapati

Agaknya Penanti kekal miliki
Undur Fairus tidak gusar hati
Beza Elizabeth digoyah kerusi
Dikhuatiri B.Lanjan BN miliki

Zulkifli nordin tegas berbunyi
Ngapa Elizabeth baik tatangi
Sedangkan moralnya berdaki
YB B.Lanjan wajarlah ganti

Bagai batu dan sabut analogi
Fairus bagai batu tenggelami
Elizabeth bagai sabut apungi
Hingga bila PKR, anwar titi

Lebih setahun PRU 12 lalui
Bukan focus menepati janji
PR fokus rakyat khayal diri
Malang masih ada buta hati

serling
[16.04.09]
khamis
….

p/s:
UM:16.04.09:khamis:
“Elizabeth Wong tidak jadi letak jawatan”
“Gerakan lihat ada motif PKR di Penanti”

3 comments:

.@blogger.com said...

itu ini begitu begini
pkr memang tak suci murni
adun dan ap pkr nikmati
segala rasuah dan noda kangkangi

BENGAH @ SERLING said...

Norma politik, PKR salahi
Wajar YB bermoral tinggi
PKR arah, Elizabeth akuri
Maruah DUN lanjan dinafi

BENGAH @ SERLING said...

IMPAK BUTA TULI !

Anwar ibrahim benar berani
Dulu Islam lagukan sana sini
Kini hal islam ditolak ketepi
Sokongan DAP amat ingini

DAP kaum cina mendominasi
PKR pula anwar usaha kemudi
Dalam Pas, orang anwar bolosi
Kiblatkan Uncle Sam jelas jadi

Malang spesis ala al-hindungi
Angkat pada anwar amat tinggi
Gelagat pemusnah anwar dinafi
Konon disokong rakyat majoriti

Tulisan al-hidungi cuba yakini
Terlupa dia, sokongan minoriti
BN majoriti, pemerintah diakui
Anwar pembangkang benar jadi

Ketika najib pegang PM terkini
Memang anwar amat sakit hati
Termasuk al-hidungi dan selari
Dewakan si anwar segera henti

Elizabeth dan Fairus hal realiti
Ngapa al-hidungi buat menyepi
Sekurangnya sokonglah zulkifli
Mana PKR amalkan demokrasi

serling
[18.04.09]
sabtu
……
p/s:
Menjawab tulisan al-hidungi dalam forumkmu.net.."Bravo Anwar..!!"