Saturday, April 4, 2009

LANGKAH KANAN !

BEBAS - TARIK - KAJI !

Langkah bijak DSN mulai
Sumpah setia Jumaat pagi
7 R’Akhir 1430 H diingati
Sama 3 April 2009 masehi

PM baru tanpa lengah lagi
Ucap sulung DSN terbukti
Ungkaian bebas–tarik–kaji
Jadikan rakyat terpikat hati

13 tahanan ISA bebas kini
Akan kembali temu famili
Harap mereka menginsafi
Kesilapan dulu usah ulangi

Angkara aturan tidak patuhi
Akhbar Pas dan PKR dinafi
Larangan sementara hadapi
Kini larangan tarik kembali

DSN mahu ISA akan dikaji
Supaya rakyat betul fahami
Pelaksanaan ISA usah henti
Perlu ISA kekalkan harmoni

Dahulu 21 orang senang hati
Situasi DSN yang TunM lalui
22 tahun TunM mengepalai
Adakah 13 juga menjurus erti

Langkah kanan telah dimulai
Sokongan rakyat amat hargai
Fitnah pembangkang diawasi
Izin Allah, DSN PM kita kini

Kisah PM Mat Jenin dihayati
Konon anwar perdana menteri
Tipu rakyat 16.09.08 terjanji
Tidak hairan fitnah digemburi

Pada DSN harapan meninggi
Bela rakyat tanpa batas negeri
Siapa perlukan wajar tolongi
Tapi dasar dan aturan junjungi

serling
[05.04.09]
ahad
...

No comments: