Thursday, September 19, 2013

KANCIL LAGI ?


KANCIL LAGI ?
NYAWA IKAN ?

Ala 'Nyawa Ikan' situasi
Kes liwat Saiful diulangi
Makamah Rayuan peragai
Kerenah kancil dirakami

Sorang Hakim jaya ganti
Hujah peguam kancil akui
Elakkan keadilan ganggui
Pemerhati luar negeri saksi

Hebat si kancil melakoni
Konon mangsa dengki aksi
Patut dia Perdana Mnteri
Kancil angkat diri sendIri

Tapi Malaysia Allah lindungi
Dalam PRU13 rakyat hukumi
Ketua Pembangkang duduki
Masih membebel sana sini

Blackout505 kancil gegari
Konon  menang PR miliki
Kemenangan BN tak diakui
Tuduh SPR berkonspirasi

Buruk laku Kancil peragai
Tanpa sebarang fakta sertai
Masih didendang hingga kini
Hakikat tutup kelemahan diri

Sidang pemberita seperti basi
Tuduhan SPR tak adil ulangi
Pada kancil tidak pula tanyai
Apakah butiran bahan bukti

Adakah reporter mulut kunci
Ketakutan pada kancil tinggi
Sidang akbar ikut kancil ingini
Salahguna oleh kancil rakami

Lampu padam konon terjadi
Juga import undi luar negeri
Terbukti fitnah saja ditaburi
Di Mahkamah wajar hakimi

Biar kancil kokok sana sini
Cakap ikut suka lidah bunyi
Hakikat PRU13 jelas bukti
Susut  majoriti kancil alami

Kancil Oh Kancil insaf diri
Usia kancil dah senja kini
Telah melebihi umur Nabi
Bertaubatlah sebelum pergi

Serling
20.09.13
Jumaat

Monday, September 16, 2013

USAH PERTIKAI ?


USAH PERTIKAI ?
NADA BANTAHAN ?

Usah pertikai atur agenda
Minta Najib kepada semua
Ekonomi Bumiputra perkasa
Di majlis rasmi jelas perkara

Dapat sokongan bumiputera
Kecuali yang 'masuk air' jaja
Rakan bukan bumi tak suka
Juga MCA sayap Pemuda

Wee Ka Siong selaku ketua
Pamerkan batahan mereka
Bersuara lembut tegas nada
Guna GLC kena lebih terbuka

Pemuda MCA lupa perkara
Ingatan PM kedua Malaysia
Kebetulan ayah PM semasa
Adakan kek baru kena usaha

GLC adalah kek baru dicipta
Lalui anak dan duri meneroka
Banyak jaya walau gagal ada
Nyata kita kotakan janji kata

Terbukti kesinambungan jaga
Silih ganti kepimpinan negara
Kaeadah demokrasi tak lupa
Patuh kepada luahan dikata

Bagaikan bersepakat senegara
Tentangan pada TPPA bersama
Faedah lebih kepada Amerika
Jika Malaysia setuju terima

Mentaliti Pomuda MCA sama
Sarankan  Najib lebih terbuka
Cara beliau bantu bumiputra
Macam  'Sempoa DAP' gaya

Roh TPPA dipakai oleh depa
Nyata bukti  setiakawan tiada
Pada bukan bumi kena nyata
Caturan Najib jangan curiga

Melalui GLC kek baru dibuka
Buat bantu ekonomi bumiputera
Jika gesa Pemuda MCA terima
Kecundang bumiputera serupa

Minta pada bukan bumiputera
Ungkit konon sumber awam guna
Isyarat seolah PM tersalah cara
Wajar Pemuda MCA betul nada

Jelas dalam Perlembagaan kita
Perkara keistimewaa bumiputera
Termaktub ada untuk dilaksana
Bukanlkah hanya sedap dibaca

Hakikat pelaksanaan Najib jaja
Peluang bukan bumi mesti ada
Semua kaum akan dilibat sama
Wajar Pemuda MCA lebih peka

Serling
(17.09.13)
Selasa
...

Sunday, September 8, 2013

HAMPIR KINI ?


HAMPIR KINI ?
TEPATI RAMALAN ?

Jika ambilkira umur nabi
Usia 'kancil' telah melebihi
Bagaikan ditambah  subsidi
Lebih enam puluh lima kini

Lahir masa  negara dijajahi
Di era British kembali kuasai
Setelah Jepun menyerah diri
Sebelum komunis tunjuk gigi

Pra dan pasca merdeka lalui
Wujud Malaysia juga alami
Era Tun M Perdana Menteri
Timbalan PM 'kancil 'duduki

Umpama depan mata razeki
Jawatan PM pasti akan miliki
Tetiba sebar kisah 'Aljuburi'
Mat Sabu yang hebat  bunyi

Karpal Singh lantang berani
Dalam hazard parlimen bukti
Jadi peguambela 'kancil' kini
Kes liwat kancil tak beres lagi

Mat Sabu dan Karpal bersekali
Dalam Pakatan mereka namai
PAS, DAP dan PKR bersehati
Bagai tutup cerita ‘Aljuburi’

Sendiwara depa rakyat ketahui
Kerana kuasa perintah negeri
Kisah aljuburi kancil ditutupi
Sampai bilakah boleh melakoni

Malaysia masih Allah lindungi
Kes liwat awal kancil menangi
Salahguna kuasa dia dihakimi
Penjara sungai Buluh duduki

Vidio kancil aksi jika tontoni
Lelaki mirip kancil menepati
Tapi penyokong kancil  yakni
kancil mangsa pihak  dengki

Rakyat bukan Islam takpeduli
Perkara moral hal peribadi
Sanggahi Islam agama rasmi
Caragaya hidup kancil hindari

Terkini tersebar surat misteri
Di Permatang Pauh digegari
Hal kancil dan karpal beraksi
Laporan pada SPRM maklumi

16.09.2008 masih diperingati
Bohong terbesar Kancil jajai
Konon dia Perdana Menteri
Proses meroyan aras tinggi

Dulu diuar 'agas' kancil takuti
Duta baru ke indonesia tepati
Tempat kancil suka lepak diri
Silat apakah pula kancil aksi

Tindakan Kancil jejas negeri
Dalam capai agenda peribadi
Buat dan kata beliau lampaui
Rakyat kita wajar menyedari

Serling
(09.09.13)
Isnin
...

Monday, August 26, 2013

WACANA TERSIRAT ?

WACANA TERSIRAT ?
AGENDA TERSEMBUNYI ?

Namewee cetus kontroversi lagi
dahulu 'Negaraku' beliau 'gegari'
konon tiada niat jahat sembunyi
agenda tersirat makin jelas kini

Tidak ikhlas mohon maaf zahiri 
cakap dan buatan beliau melukai
tak wajar di bumi Malaysia ini
caragaya rasis beliau pelopori

Dalam ketawa penonton racuni
maruah kaum bukan cina cemari
kepada orang melayu disasari
adengan 'kencing' melayu jajai

Kalau tiada agenda tersembunyi
yang kencing ,orang cina lakoni
eloknya pelakon cina juga sasari
boleh filem 'kara king' tak sangsi

Mungkinkah mesej mahu sisipi
'kurang ajar' pada melayu amali
unsur semai perpaduan hendaki
sesama warganegara harmoni

Apakah yang namewee hajati
hanya bukan melayu junjungi
orang melayu bahan untuk buli
wacana namewee perlu dihenti

Pada warganegara yang sejati
Halatuju namewee pupuk benci
tak wajar cetus lagi kontroversi
perlu tindakan tegas dan berani

serling
26.08.2013
isnin
....

p/s:
MM:25.08.13:Pancaindera:
"Perlu faham wacana filem"
"Kenapa masih buta? "


Thursday, August 22, 2013

ADA SINAR ?


ADA SINAR ?
RAYUAN DITOLAK ?

22 ogos teramat bermakna
Rayuan Kerajaan diterima
Juga menteri berkenaan lega
10 september akan dibicara

Istana keadilan di Putrajaya
Mahkamah Rayuan putuskata
Kira-kira lima jam ambil masa
Tiga yang arif hakim sekata

Gereja Roman katolik tak kena
Bila Mahkamah Tinggi putusnya
‘Kalimah Allah’ boleh gunasama
Peluang rayuan mahu disekatnya

Syukur NGO Islam bersatukata
Kerajaan dan menteri restuinya
Isu ‘Kalimah Allah’ amat utama
Kewajaran selesaikan segera

Termaktub Perlembagaan Negara
Islam agama persekutuan dinyata
Beberapa perkara perkuatkannya
Sultan dan negeri punya kuasa

Menjelang 10 September tiba
Marilah umat Islam bersama
Doakan moga Allah kuatkan kita
‘kalimah Allah’ seperti sedia

Kepada rakan Islam seagama
Hentikan sokong perguna sama
Atas kegirahan dapatkan kuasa
Takutkan Allah sepatut utama

Bila surau di johor salahguna
Mungkin salahfaham pengusaha
Kongsi ‘kalimah’ erti ‘surau’ juga
Segala kemungkinan ambil kira

Inikah ujian Allah buat kita
Hentikanlah segala sengketa
Suruhan Allah wajib dilaksana
Akhirat akhir, bukan di dunia

Serling
23.08.2013
Jumaat
…….
p/s:
-UM:23.08.2013:Jumaat:
“Mahkamah Tolak Permohonan Gereja”

Sunday, August 18, 2013

AKAL SI KANCIL (2) ?

AKAL SI KANCIL (2) ?
IGAUAN  ?

Kira-kira setahun yang lalu
'Akal Si Kancil' pun begitu
Perihal 'bohong' lagi palsu
Serang najib tak jemu-jemu

Anwar bagai kancil berusaha
yang dihajati tetap diagenda
Jadi PM tak lekang mereka
Kerajaan perpaduan dia jaja

Najib difitnah sebegitu rupa
diuarkan najiblah mempelawa
Pada PKR untuk kongsisama
jawatan TPM, beliau empunya

Pejabat PM jelaskan perkara
nafikan 'igauan' anwar terasa
begitu akal si kancil peraga
tonjolkan diri amat berharga

Pemilihan UMNO bakal ada
hebat najib dilekehkannaya
ahli UMNO lemah mangsa
sangsikan najib sengaja disua

Dakwaan anwar sengaja diada
kepada najib halangan utama
Hasrat jadi PM tidak terlupa
syabas najib sentiasa waspada

Kerajaan perpaduan jika mahu
bersama PAS telah pun berlaku 
di awal BN memegang teraju
Sehinggalah perpisahan regu

serling
19.08.13
isnin
....


Sunday, August 4, 2013

HINGUSAN ?

HINGUSAN ? 
BILA KADOK TERJUNJUNG ?

 Dalam MM Ahad terkini 
Lebel 'hingusan' kata nazri
 Komen kepada si namawee 
The New Village kontroversi 

 Celupar namawee menzahiri 
Kerajaan bersikap rasis jajai 
Kata filem orang cina dianayai 
Laju dilulus LPF kita curigai 

 Adakah gergasi 'Astro' ditakuti 
Atau ada tangan besar sembunyi
 Mungkin jua kulitnya menyerupai 
Yang anggap PKM patut dijulangi

 Filem TNV jauh lewat produksi 
Beza 'Tanda Negara' sebelum ini
 Ditunda tayangan banyak kali 
Konon ditentang depa majoriti 

 Tayang sebelum PRU13 takuti 
Konon keturunan Cina akan lari 
Tinggalkan BN itulah terjadi 
Syukur minoriti Cina setia lagi 

 Sempoa DAP terbukti menjadi
 Sesama Pakatan Rakyat terkunci 
Inikan BN anggap sempoa basi 
Namawee bagai sempoa berdikari 

 Kerana filem TNV belum tontoni 
Tersurat dan tersirat kena teliti
 Sekali tonton tersurat sedap ikuti
 Tersirat julang PKM dikhuatiri 

 Seingat penulis sejarah pelajari
 MPAJA zaman Jepun menjajahi 
Bekalan senjata British bahagi 
Dalam hutan senjata disembunyi 

 Kg Baru @ TNV British pelopori
 Satu kaedah tentang PKM aksi 
Setinggan cina dikumpul lokasi 
Aktiviti 'Men Yuen' jaya halangi

 Caya namawee bukan seorang diri
 Bermula senda 'Negaraku' terjadi 
Berlaku Biadab pelajar luar negeri
 Terbalikkan 'Jalur Gemilang' pameri 

 Bila kadok terjunjung melampaui 
Peminat si kodok berhidung tinggi 
Bagai kadok bijak dan betul aksi 
Pandangan pihak lain tak dipeduli 

 Serling
 05.08.13 
Isnin
 ....