Thursday, September 19, 2013

KANCIL LAGI ?


KANCIL LAGI ?
NYAWA IKAN ?

Ala 'Nyawa Ikan' situasi
Kes liwat Saiful diulangi
Makamah Rayuan peragai
Kerenah kancil dirakami

Sorang Hakim jaya ganti
Hujah peguam kancil akui
Elakkan keadilan ganggui
Pemerhati luar negeri saksi

Hebat si kancil melakoni
Konon mangsa dengki aksi
Patut dia Perdana Mnteri
Kancil angkat diri sendIri

Tapi Malaysia Allah lindungi
Dalam PRU13 rakyat hukumi
Ketua Pembangkang duduki
Masih membebel sana sini

Blackout505 kancil gegari
Konon  menang PR miliki
Kemenangan BN tak diakui
Tuduh SPR berkonspirasi

Buruk laku Kancil peragai
Tanpa sebarang fakta sertai
Masih didendang hingga kini
Hakikat tutup kelemahan diri

Sidang pemberita seperti basi
Tuduhan SPR tak adil ulangi
Pada kancil tidak pula tanyai
Apakah butiran bahan bukti

Adakah reporter mulut kunci
Ketakutan pada kancil tinggi
Sidang akbar ikut kancil ingini
Salahguna oleh kancil rakami

Lampu padam konon terjadi
Juga import undi luar negeri
Terbukti fitnah saja ditaburi
Di Mahkamah wajar hakimi

Biar kancil kokok sana sini
Cakap ikut suka lidah bunyi
Hakikat PRU13 jelas bukti
Susut  majoriti kancil alami

Kancil Oh Kancil insaf diri
Usia kancil dah senja kini
Telah melebihi umur Nabi
Bertaubatlah sebelum pergi

Serling
20.09.13
Jumaat

No comments: