SIAPA NP ?
SAPA PALING LAYAK ?
Demi Agama,
Bangsa dan Negara
Sejak dulu
hingga sekarang mara
Tahun 1946
di Istana Johor mula
UMNO memang
cukup dewasa
Pilih para
pemimpin seperti biasa
Di peringkat
bahagian dikuatkuasa
Hingga peringkat
tertinggi Negara
Undian wakil
cawangan berharga
21
september serentak laksana
Tawar diri
tanding tanpa paksa
Dari posisi
nombor satu terbuka
Hingga ke
bahagian juga serupa
Tarikh 21
september saksinya
Kekal di nombor
satu dan dua
Najib dan
Muhyiddin berjaya
Tiga kerusi
NP masih terbuka
Dengan tiga
penyandang ada
Hishamuddin dan
Zahid berdua
Tambah Shafie
Apdal jadi tiga
Enam orang berpeluang
sama
Ali Rustam
bekas KM Melaka
Mukhriz MB Kedah semasa
Isa Samad
pengerusi Felda
Para pencabar
dilihat upaya
Menurut
firasat nujum hamba
Penyandang
kekal seorang saja
Pencabar pengganti ada dua
Sedia nanti hari penentunya
Sejak 2
oktober dari Perlis mula
Sesi pengenalan
calon dijaja
Hasrat jelajah
seluruh Negara
Calon NP dan
MKT fokusnya
Sayap
Puteri, Wanita dan Pemuda
Semua jawatan
ada pencabarnya
Penyadang jawatan
tidak selesa
Bukan
sebarang pencabar depa
Di hari
pengundian bakal tiba
Pada perwakilan
amat diminta
Gunakanlah undian
sebaiknya
Demi Agama,
Bangsa dan Negara
Serling
06.10.2013
Ahad
…..
No comments:
Post a Comment