PILIHAN TERBUKA ?
SAPA KETUAI SAYAP ?
Sayap Pemuda-Wanita-Puteri
Tanggal 12 Oktober ditunggui
Peneraju semua sayap ketahui
Perlukah peneraju kini diganti
Banyak faktor yang pengaruhi
Adakah Penyandang disenangi
Kata dan perbuatannya dipuji
Tiada perwakilan terguris hati
Jika penyandang syok sendiri
Tapi perwakilan beza persepsi
Rasa syok sendiri makan diri
Perwakilanlah penentu undi
Andai penyandang insafi diri
Sebarang kelemahan perbaiki
Berdolak-dalih jangan pameri
Undian perwakilan bagai taji
Pencabar penyandang berani
Pemuda dan Wanita bersekali
KJ dan Shahrizat kini terajui
Bolehkah mereka kekal ketuai
Lima penjuru KJ harungi
Tiga penjuru Shahrizat lalui
Perwakilan kena berhati-hati
Pangkahlah siapa yang tepati
Tiada masalah sayap puteri
Tiada Penyandang duduki
Usia penentu siapa terajui
Muka -muka baru tawar diri
Bijaksana perwakilan ingini
Jangan ikut tekanan emosi
Utamakan kepentingan part
Agama-Bangsa-Negara pastii
Serling
10.10.13
Khamis
...
No comments:
Post a Comment