Thursday, August 22, 2013

ADA SINAR ?


ADA SINAR ?
RAYUAN DITOLAK ?

22 ogos teramat bermakna
Rayuan Kerajaan diterima
Juga menteri berkenaan lega
10 september akan dibicara

Istana keadilan di Putrajaya
Mahkamah Rayuan putuskata
Kira-kira lima jam ambil masa
Tiga yang arif hakim sekata

Gereja Roman katolik tak kena
Bila Mahkamah Tinggi putusnya
‘Kalimah Allah’ boleh gunasama
Peluang rayuan mahu disekatnya

Syukur NGO Islam bersatukata
Kerajaan dan menteri restuinya
Isu ‘Kalimah Allah’ amat utama
Kewajaran selesaikan segera

Termaktub Perlembagaan Negara
Islam agama persekutuan dinyata
Beberapa perkara perkuatkannya
Sultan dan negeri punya kuasa

Menjelang 10 September tiba
Marilah umat Islam bersama
Doakan moga Allah kuatkan kita
‘kalimah Allah’ seperti sedia

Kepada rakan Islam seagama
Hentikan sokong perguna sama
Atas kegirahan dapatkan kuasa
Takutkan Allah sepatut utama

Bila surau di johor salahguna
Mungkin salahfaham pengusaha
Kongsi ‘kalimah’ erti ‘surau’ juga
Segala kemungkinan ambil kira

Inikah ujian Allah buat kita
Hentikanlah segala sengketa
Suruhan Allah wajib dilaksana
Akhirat akhir, bukan di dunia

Serling
23.08.2013
Jumaat
…….
p/s:
-UM:23.08.2013:Jumaat:
“Mahkamah Tolak Permohonan Gereja”

No comments: