Sunday, August 18, 2013

AKAL SI KANCIL (2) ?

AKAL SI KANCIL (2) ?
IGAUAN  ?

Kira-kira setahun yang lalu
'Akal Si Kancil' pun begitu
Perihal 'bohong' lagi palsu
Serang najib tak jemu-jemu

Anwar bagai kancil berusaha
yang dihajati tetap diagenda
Jadi PM tak lekang mereka
Kerajaan perpaduan dia jaja

Najib difitnah sebegitu rupa
diuarkan najiblah mempelawa
Pada PKR untuk kongsisama
jawatan TPM, beliau empunya

Pejabat PM jelaskan perkara
nafikan 'igauan' anwar terasa
begitu akal si kancil peraga
tonjolkan diri amat berharga

Pemilihan UMNO bakal ada
hebat najib dilekehkannaya
ahli UMNO lemah mangsa
sangsikan najib sengaja disua

Dakwaan anwar sengaja diada
kepada najib halangan utama
Hasrat jadi PM tidak terlupa
syabas najib sentiasa waspada

Kerajaan perpaduan jika mahu
bersama PAS telah pun berlaku 
di awal BN memegang teraju
Sehinggalah perpisahan regu

serling
19.08.13
isnin
....


No comments: