Sunday, August 4, 2013

HINGUSAN ?

HINGUSAN ? 
BILA KADOK TERJUNJUNG ?

 Dalam MM Ahad terkini 
Lebel 'hingusan' kata nazri
 Komen kepada si namawee 
The New Village kontroversi 

 Celupar namawee menzahiri 
Kerajaan bersikap rasis jajai 
Kata filem orang cina dianayai 
Laju dilulus LPF kita curigai 

 Adakah gergasi 'Astro' ditakuti 
Atau ada tangan besar sembunyi
 Mungkin jua kulitnya menyerupai 
Yang anggap PKM patut dijulangi

 Filem TNV jauh lewat produksi 
Beza 'Tanda Negara' sebelum ini
 Ditunda tayangan banyak kali 
Konon ditentang depa majoriti 

 Tayang sebelum PRU13 takuti 
Konon keturunan Cina akan lari 
Tinggalkan BN itulah terjadi 
Syukur minoriti Cina setia lagi 

 Sempoa DAP terbukti menjadi
 Sesama Pakatan Rakyat terkunci 
Inikan BN anggap sempoa basi 
Namawee bagai sempoa berdikari 

 Kerana filem TNV belum tontoni 
Tersurat dan tersirat kena teliti
 Sekali tonton tersurat sedap ikuti
 Tersirat julang PKM dikhuatiri 

 Seingat penulis sejarah pelajari
 MPAJA zaman Jepun menjajahi 
Bekalan senjata British bahagi 
Dalam hutan senjata disembunyi 

 Kg Baru @ TNV British pelopori
 Satu kaedah tentang PKM aksi 
Setinggan cina dikumpul lokasi 
Aktiviti 'Men Yuen' jaya halangi

 Caya namawee bukan seorang diri
 Bermula senda 'Negaraku' terjadi 
Berlaku Biadab pelajar luar negeri
 Terbalikkan 'Jalur Gemilang' pameri 

 Bila kadok terjunjung melampaui 
Peminat si kodok berhidung tinggi 
Bagai kadok bijak dan betul aksi 
Pandangan pihak lain tak dipeduli 

 Serling
 05.08.13 
Isnin
 ....

No comments: