Thursday, December 1, 2011

PERLUKAH ?

WAJARKAH SEGERA PRU 13 ?

Taat dan setia semua ahli
Pada parti tidak khianati
Seru najib, presiden parti
Demi UMNO yang dipusakai

Dalam PAU 2011 terkini
Fokus perwakilan hadiri
Ketika PRU 13 ditunggui
Masih misteri tarikh hari

Heboh ke pelusuk negeri
Bakal calon 'winable' ciri
Usia dan 'gender' langkaui
Ramai orang syok sendiri

Bukan sedikit gusar diri
Jawatan parti tak gerenti
Pemutus presiden parti
Begitu amalan pusakai

Makin PRU 13 hampiri
Wajib bermuhasabah diri
Elak ramalan atasi realiti
Tsunami PRU 12 hantui

Di bahu najib kini bebani
Pro dan kontra kena teliti
Perlu segera PRU 13 ini
Atau tahun 2013 termesti

Apa yang ahli biasa rasai
Najib kurang selesa aksi
Selepas pak lah tarik diri
Hakikat tepati tradisi parti

Yang masih tetap hantui
Mantapkah UMNO kini
Adakah majoriti diyakini
Hanya BN mesti sokongi

Pesan orang tua perhalusi
Jika guruh di langit bunyi
Air tempayan usah baziri
Harap hujan, tapi tak jadi

serling
[02.12.2011]
jumaat
…....

P/S:
-UMonline:01.12.2011:Khamis;
“UMNO Sabah beri kepimpinan Najib gred 'A'”
“Demokrasi: Jangan terpedaya helah pembangkang”

No comments: