Sunday, December 11, 2011

KABUR LAGI ?

PELUANG SIAPA ?

Bagai beberapa hari lagi
PRU 13 menjadi realiti
YB sediada debar nanti
Dipilih lagikah oleh parti

Walau apa parti mewakili
YB sediada sayang kerusi
Secuit YB sudi undur diri
Ingin kekal puak majoriti

Jika ditanya presiden parti
Kenapa ingin dicalon lagi
Senada alasan bakal zahiri
Untuk pasti kejayaan parti

Lemah diri tidak diperakui
Konon tohmah pendengki
Berkokoklah dia sana sini
Orang kuat parti dampingi

Semua parti di negara ini
Kebiasaan rakyat perhati
Siapa rapat presiden parti
Kata dan buatnya dihalusi

Lebih sudu dari kuah jadi
UMNO dan BN menempuhi
Ramai rakyat faham kini
Tsunami politik diulangi

Jika benar nik aziz zahiri
Masih ingin miliki kerusi
Inilah contoh kena hindari
Sepatut dia cukup di sini

Lama dan baru kombinasi
Mudah sebut, sukar realiti
Sejak dahulu begitu ulangi
Menang ditentu pengundi

Kepada pengundi dihormati
Undian anda amat dihargai
Najib dan BN perlu diundi
Demi Malaysia kita kasihi

serling
[12.12.2011]
isnin
…....

No comments: