Monday, December 19, 2011

BIARKAN ?

BERADAB ATAU BIADAB ?

Beradab lawan biadab aksi
Bagai bumi dan langit jadi
Beradab, bangsa kita hargai
Biadab, kurang ajar aplikasi

Kira-kira 200 orang anggotai
SMM dan BEBAS mewakili
Kepada SUHAKAM ditemui
Sabtu 18.12.2011 merakami

Di PWTC akhiran destinasi
Saifuddin bersedia menanti
Memorandum serupa diberi
Dengan alasan tepati situasi

Hina PM amat biadab aksi
Dilakukan oleh pelajar UPSI
Di Semester 5, Adam Adli
Bendera wajah najib cemari

Bakal tamat belajar di UPSI
Bukti minda dikuasai emosi
Pada Anwar teramat kagumi
Gambar amat mesra terbukti

Malukan najib fokus strategi
Serampang dua mata aplikasi
Adam Adli bukan seorang diri
Puas hati anwar apa yang jadi

Jika Adam Adli hadir sendiri
Ganggu bendera sukar lakoni
Pasti pengawal cepat sedari
Kumpulan 200 mudah bolosi

Kenapakah ini semua terjadi
Firasat hamba dapat bayangi
Penantian sembilan januari
Entah apa lagi bakal ketemui

Waspadalah di seluruh negeri
Bukan ibu negara saja disasari
Berjagalah semua ibu negeri
Masjid utama tidak terkecuali

serling
[19.12.2011]
isnin.
…....

p/s:
BHOnline:19.12.2011:Isnin:
“Saifuddin serah kepada polis siasat insiden di PWTC”


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakan mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Beliau berkata, kementeriannya tidak akan melakukan sebarang tindakan ke atas mereka kerana insiden tersebut berlaku di luar kawasan kampus.

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) perlu meminta maaf atas perbuatan mereka kerana ia adalah satu tindakan yang terkutuk," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi BEBAS, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Sebelum itu, Muhd Safwan bersama kira-kira 200 orang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganggotai BEBAS datangke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Seterusnya, mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjumpa Saifuddin untuk menyerahkan salinan memorandum yang sama.

Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).
Bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

Saifuddin berkata, beliau memutuskan untuk berjumpa anggota SMM dan BEBAS selepas mendapat maklumat bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diiringi anggota polis.

"Saya berpendapat sekiranya saya menerima memorandum dari anggota SMM dan BEBAS itu, maka mereka akan bersurai dengan aman, terbukti jangkaan saya betul.

"Bagaimanapun, insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri hanya berlaku kira-kira satu jam selepas saya meninggalkan kawasan PWTC itu dan perkara itu diketahui menerusi Twitter," katanya.

Beliau berkata, kementerian tidak menghalang kebebasan bersuara di kalangan penuntut IPT tetapi tindakan mereka amat dikesali dan berharap mereka segera meminta maaf kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Sementara itu, ditanya mengenai sesi pertama perbincangan meja bulat pindaan AUKU, Saifuddin berkata, ia berjalan dengan baik dan akan disambung tahun depan kerana penuntut IPT kini sedang menjalani peperiksaan. - BERNAMA

No comments: