Monday, December 26, 2011

KERAS KEPALA ?

MADRASAH SALIHIAH DIMANGSA ?

Madrasah Salihiah dimangsa
Lebih seratus tahun jangka usia
Dalam pamer kuasa Pas takhta
Ketika Sultannya ketua negara

Lulusan Al-Azhar dabik dada
Tahu hukum hakam, kata dia
Fatwa Majlis Negeri lulusnya
Madrasah bakal diroboh juga

Ngapa diusik madrasah sedia
Adakah kepada DAP diperaga
Bukti Pas berubah demi kuasa
Nasib madrasah enggan dibela

Cadangan mukhriz dilekehnya
Supaya ubahsuai plan dirangka
Situasi “menang-menang” guna
Serlah pemaju “menang” sahaja

Rakyat Kedah kena buka mata
Ngapa MB Pas begitu sikapnya
Ketika suara dan tangan kuasa
Selamat madrasah patut utama

Berbeza sebelum Pas berkuasa
Terengganu dan Selangor jaja
Hanya status surau gegar depa
UMNO/BN diserang dan hina

Di mana puak Pas dulu suara
Surau kurang separuh abad usia
Demi rumah Allah, jihad gesa
Mari ke Alor Setar bersatu kita

Hina sangatkah madrasah kita
Hingga perlu robohkan semua
Luas madrasah saiz 0.08 hekta
Ternamapak hati pemaju dijaga

Imbau dua puluh tahun kuasa
Di kelantan, Pas kekal berkuasa
Bina masjid bukan jadi agenda
Kecuali kini ada “masjid cina”

Yang menjadi fokus tandatanya
Ngapa Azizan sungguh beria-ia
Robohkan madrasah, terus juga
Kekalan madrasah patut usaha

Sesama Islam bersatulah kita
Walau fahaman politik beza
Sepertimana rakan DAP jaja
Kekal Bukit Cina di Melaka

Patut Azizan berani bersuara
Selaku MB Pas mandat ada
Beza MB Pas Perak dikuda
Dulu, DAP hakikat berkuasa

Bila Madrasah Salihiah tiada
Dirikanlah tugu sebagai tanda
Angkara MB Pas punya kuasa
Di sinilah tapak madrasah ada

Air mata darah tidak berguna
Dalam ghairah MB Pas kuasa
Cakap beremosi, rakyat duka
Terpasti, pemaju bergembira

serling
[26.12.2011]
isnin
…..
p/s:
UM:26.12.2011;isnin;
“Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras”

No comments: