Friday, August 5, 2011

MB GEDEBEE ?

TOKOH MB ABNORMAL ?

Tempohi hari kelima berpuasa
Lintasi setengah abad merdeka
Usia kelimapuluh empat tersua
Ada MB abnormal @ luar biasa

Cara si khalid ibrahim bahaya
Tadbir negeri belakangi biasa
MB Gedebee anugerahkan dia
Muhasabah diri sempena puasa

NC UNISEL pun mahu dipaksa
Arah lucut tiga orang tak suka
Meletak jawatan NC berwibawa
Empat penyokong pakatan lega

Politik atasi akademik ternyata
Kerusi NC UNISEL diperkuda
Usaha singkir sejak januari mula
Menepati notis 24 jam NC guna

Situasi yang boleh rakyat jangka
NC UNISEL baru boleh diguna
Matlamat pakatan misi diutama
Kerusi NC UNISEL cemar gaya

Kelayakan ilmuan sepatut guna
Bila unsur politik faktor utama
Nasib graduan jaminannya tiada
Air tangan MB gedebee mewarna

Analogi catatan sebenar yang ada
Pensihat Ekonomi Negeri, siapa
Bukan pakar ekonomi lantiknya
Bodek anwar, khalid memperaga

Boleh disenarai MB pamer gaya
Kesan negatif masyarakat dirasa
Asrama Yayasan bakal dimangsa
Usaha baik BN dulu dirobiknya

Terkini serbuan JAIS di gereja
Dakwaan majlis berbuka puasa
Syabas Dr hasan ali telah suara
Malang MB gedebee dukacita

Sempena bulan Ramadan mulia
MB gedebee selangor berbahaya
Lantik SUK dulu, MB derhaka
Cukuplah pakatan rakyat kuasa

serling
[05.08.2011]
jumaat
….
p/s:
UM:05.08.11:jumaat
“Kerajaan negeri Selangor mahu roboh Asrama Yayasan Selangor”
“Nasib 463 pelajar Asrama Yayasan Selangor jadi tanda tanya”
“Usaha singkir Dr. Rosti mula Januari”
“Kemelut boleh jejaskan reputasi Universiti Selangor”
“Kontroversi 'serbuan' JAIS”

No comments: