PINDA SEJARAH NEGARA ?
Banyak liku sejarah negara
Rakyat malaysia kongsisama
Imbau hadirnya Kota Melaka
Tinggalan portugis pada kita
Lima abad terjajah negara
Portugislah kulit putih mula
Diikuti seterusnya Belanda
Kemudian British jajah kita
Akibat perang dunia kedua
Kejayaan Jepun celek mata
Bahawa British lemah ada
Inspirasi buat pejuang kita
Tamat perang dunia kedua
Kembali British kuasai kita
Tapi janganlah ada terlupa
Bintang Tiga buat angkara
Kumunis aka Bintang Tiga
Dulunya MPAJA jaja nama
Dengan zalim tak terhingga
Banyak melayu jadi mangsa
Hal biasa, bunuh atau siksa
Tuduhan bantu Jepun kuasa
Hanya 14 hari maharajalela
Dapat British kuasai semua
Masa Jepun perintah negara
Pada MPAJA diberi senjata
Pihak British pembekalnya
Hadapi sifat musuh bersama
Force 136 atau wataniah ada
Dianggotai melayu ternyata
Demi agama, bangsa, negara
Buatan Bintang Tiga waspada
Bukanlah lupa sejarah negara
Pernah Siam menjajahi utara
Diakui negeri terlibat perkara
Ikhtibar sejarah wajarlah kita
Berbalik kepada Bintang Tiga
Kerana lambang bintang guna
Kata mat sabu, pejuang negara
Peristiwa Bukit Kepong senda
Gelimpang jasad pejuang kita
Ketitisan darah akhir berjasa
Terbujur mereka dan keluarga
Dilekeh mat sabu demi kuasa
Kumpulan Bintang Tiga wira
Dengan lantang mat sabu kata
Di Pulau Pinang ceramah ada
Senyumlah LGE tidak terkata
Jelas benarlah anggapan kita
Dalam Pakatan, siapa kuasa
Halatuju DAP rujuk perkara
Walaupun si anwar jadi ketua
Dulu MB Pas Perak boneka
Syukur kini betullah aturcara
Lompat YB-YB ubah semua
Meroyan puak pakatan dirasa
Kata karpal singh usah terlupa
Islam perjuangan Pas tak suka
Bersama Islam dulu Pas guna
Slogan 'kebajikan' uarkan pula
Jika 'Islam' malu Pas perguna
Tepat 'komunis' dijunjungnya
Kepada DAP tumpu taat setia
Raja kita sengaja bahan senda
Kerusi mat sabu ala KJ punya
Bukan satu lawan satu acara
Jumlah undi lawan lebih ada
Undi minoriti jadi tak selesa
Dalam PRU 13 bakal melanda
Di Pulau Pinangkah nasib ada
Mungkinkah LGE bisikannya
Senangkan LGE, tercalon dia
Langkah terbaik sepatut dijaja
Mat sabu tarik balik lajak kata
Andai Komunis dahulu berjaya
Warga Republik Kominis kita
Menjelang Hari Raya Puasa
Moga selamat warganegara
Nada sumbang mat sabu saja
Harap lain kewarasan tersua
serling
[29.08.2011]
isnin
.....
p/s:
-MM:28.08.2011:ahad:
“Mat Sabu dikecam”
Sunday, August 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment