HINGGA BILA BERJAYA?
22 ogos jangka bicara
Anwar beladiri diacara
Apakah muslihat jelma
Harap helah baru tiada
Aksi kancil lakon gaya
Dalam kes liwat kedua
Para peguam sekepala
Konon anwar dianiaya
Helah mudah mencipta
Buatkan sakit apa-apa
Doktor setia bersedia
Arahan bos ikut sahaja
Berkat Ramadan mulia
Aksi kancil ada hadnya
Lebih enam dekad usia
Berlaku benar wajib ada
Dua aksi kancil ketara
Kalau manfaat diri ada
Kawan dan taulan lupa
Kongsi laba terpilih saja
Jika diri hadapi bahaya
Kesukaran kongsisama
Perdaya orang bijaksana
Kelakuan berikut senada
Aksi kancil guna suasana
Di gaung besar jatuh dia
Tika berjalan dabik dada
Terperangkap dia seketika
Ditakdirkan berubah cuaca
Awan mendung di angkasa
Akal autanya gerak segera
Banyaklah binatang digoda
Terjun gaung binatang rimba
Diarah panggil ahli keluarga
Kecil besar dikumpul semua
Bersesakan tidaklah tekira
Kata dunia kiamat dah tiba
Gaung tempat selamat ada
Tika para binatang terpinga
Pada bos gajah kancil jumpa
Gajah tak banyak prasangka
Belalai gajah teramat berjasa
Keluar kancil dari gaung jaya
Alasan tinjau suasana semasa
Sebaik terlepas gaung bahaya
Pada binatang, kancil berkata
Dunia kiamat belum lagi tiba
Kalian tadi, saya tipu sahaja
Kancil tanpa membuang masa
Tinggal mangsa yang ditipunya
Marah binatang lain membara
Menyesal kemudian tidak guna
Begitulah analogi hamba guna
Aksi kancil memanfaat dirinya
Dalam kesempitan, cari mangsa
Dapat laba, buat kroni sahaja
serling
[20.08.2011]
sabtu
…...
Friday, August 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment