Monday, August 22, 2011

CERAMAH POLITIK ?

SETELAH TIGA TAHUN ?

Hari keduapuluh dua puasa
Aksi kancil beladiri dimula
Boleh pilih antara tiga cara
Kandang pesalah dipilihnya

Dilaporkan akhbar perdana
Dibaca tigapuluhdua muka
Hampir dua jam guna masa
Ala 'ceramah politik' acara

'Anugerah Tuhan' isteri jaja
Takdirkan Allah maha kuasa
Video seks tulen disebar rata
Selepas 3 tahun saiful dakwa

Tektik lama si kancil perguna
Nafikan konon konspirasi ada
Dia pemimpin hebat diperaga
Dengki musuh politiknya kata

Sepertiga akhir kita berpuasa
Aidilfitri akan menjelang tiba
Gelagat aksi kancil tetap sama
Semangat lailatul qadar tiada

Penyokong tegar anwar suka
Hujahan anwar ditelan semua
Aksi kancil tak terfikir minda
Termasuk secuit status ulama

Aksi kancil tembak sesiapa
Petah berhujah disalahguna
Tidak kecuali hakim bicara
Konon keadilan dirinya tiada

Kurang cerdik kancil peraga
Guna puluh kali daleh bicara
Selama tiga tahun bazir masa
Teramat sabar hakim bicara

Kongsi apa para ustaz nyata
Arak, zina dan bunuh durja
Hebat manusia goncang jua
Berbuat apa saja tutup dosa

Bukan sahaja rakyat dikuda
Nama Tuanku YDPA diguna
Konon YDPA tunggu istana
Tanggal 16.09.2008, PM kita

Nyata 16.09.2008 tak lupa
Ngapa hujahan dia percaya
Sempena 16.09.2011 tiba
Ingat auta dan rai merdeka

Buat ingatan generasi muda
Tika Tun Razak, PM kedua
Isu kematian Baling diguna
Anwar angkat dirinya mula

Takdir Najib pula, PM kita
Ala konfrantasi tetap jaja
Hajat jadi PM masih nyala
Aksi kancilnya diperguna

Hampiri aidil fitri kita sua
Jika aksi kancil masih caya
Pertunjuk Allah patut minta
Elakkan diri mangsa dikuda

serling
[23.08.2011]
selasa
…....

p/s:
-NST:23.08.2011;Selasa:
“It is a political speech”

-UM:23.08.2011:Selasa;
“Anwar cari salah hakim”

-TheStarOnline:23.08.2011:Selasa:
“Sodomy II:Anwar denies he had sexual relations with Mohd Saiful”

-BH:23.08.2011;Selasa:
“Anwar pertahan diri di kandang pesalah”

No comments: