Friday, April 29, 2011

NGAPA BERANG ?

ENGGAN SUMPAH LAKNAT ?

Penantian tanggal 16 mei
Adakah prima facie jadi
Kes liwat kedua dihadapi
Saiful dan anwar menanti

Hal video seks 21 februari
Anwar amat tidak senangi
Di dalam youtube terkini
Lebih nyata pelaku lelaki

Pada anwar cabaran beri
Agar sumpah laknat ikrari
Tapi pada saat yang nanti
Tiada anwar hadirkan diri

Masjid Amru Al-As saksi
Di bandar baru sentul aksi
Eskay laksana seperti janji
Dedahan video lebih cayai

Seperti jangkaan telah jadi
Gelagat fanatik anwar jajai
Puak Pas dan PKR warnai
Adab di masjid kena patuhi

Masihkah kita teringat lagi
Bila kes liwat kedua gegari
Dihujah empat orang saksi
Cabar mana video jadi bukti

Sekarang senario lain bunyi
Konon wajah seiras lakuni
Bila klip video kedua temui
Sukar caya orang seiras aksi

Teramat musykil dalam hati
Ngapa anwar dianggap suci
Luahan katanya saja dicayai
Pelek depa sedia ditunggangi

Tindakan patut depa peragai
Desak anwar sumpah sekali
Bukan sokong membuta tali
Adakah diupah buat ganggui

Moga Allah membuka hati
Pada penyokong fanatik ini
Ikuti banyak telah menjauhi
Individu anwar bukan nabi

serling
[29.04.2011]
jumaat
…...
p/s:
-UM:29.04.11:jumaat:
“Anwar berang ditanya sumpah laknat”
-UMOnline:29.04.2011:jumaat:
“Penyokong pembangkang buat kecoh di sumpah laknat Eskay”
“Eskay selesai lakukan sumpah laknat”

No comments: