Thursday, April 14, 2011

TERBURAI JUGA ?


SEBALIK 'SARAWAK FOR CHANGE' ?

Tindakan agas bijaksana
Moyang si kancil merana
Generasi kancil kini kena
Bantut usaha lonjak nama

Pengakuan di TV terbuka
Penjelasan suara raja petra
Bijak anwar telah perguna
Akuan bersumpah tergesa

Jika hayati raja petra kata
Taburan fitnah anwar jaja
Dengar paklah nak bersara
Halang najib gantikannya

Takdir Allah maha kuasa
Percaturan anwar gendala
Puak pembangkang, ketua
Kerusi PM, najib empunya

Bagai aksi kancil, selamba
Kes Altantuya tamat bicara
Anwar masih jaja versinya
Konon najib buat angkara

Akuan raja petra tepat masa
Sebelum PRN Sarawak lusa
Muslihat anwar terburai juga
Jika sekongkol insafi segera

DAP sekongkol fahamlah kita
Ciri macam anwar boleh guna
Tak pelik karpal penguamnya
Sedangkan dahulu tahu rahsia

Tapi bila Pas sekongkol juga
Ulama pun boleh anwar kuda
Bagai agama pertukaran kuasa
Kesucian agama bagai tercela

Selamat Sarawak jangan leka
Janji anwar penyedap telinga
Semudah janji, mudahlah lupa
Negeri bawah pakatan merana

Pabila terburai dedahan segala
Andai ada bersekongkol setia
Begitu penyokong tegar gaya
Bermuhasabahlah diri segera

Ingatilah 16.09.2008 sentiasa
Pembohongan anwar ternyata
Undilah pada 16.04.2011 lusa
Pastikan BN lebih dua pertiga

serling
[14.04.2011]
khamis
…..
p/s:
UM:14.04.11:khamis
“Saya tak tuduh PM, isteri”

No comments: