Monday, April 11, 2011

HELAH KANCIL ?

SARAWAK FOR CHANGE ?

Era moyang kancil dahulu
Padang besar ke johor baru
Selat teberau takat penentu
Terlucut temasik licik ditipu

Kehebatan mat saleh dahulu
Dua kaedah serentak sepadu
Keras atau lembut bila perlu
Hasrat depa capai halatuju

Demi survival generasi baru
Tika PMnya bergelar tunku
Wujud negara ingin bersatu
Dinyah temasik tidak sebulu

Demokrasi pilihan persetuju
PRU serta PRK banyak lalu
PRN DUN terkini diketemu
Di bumi kenyalang berlaku

Penuhi hajat bersama mahu
Turun temurun rakyat padu
Mutakhir gerak oleh indivdu
Kerajaan warisan diganggu

Syukur rakyat penuh syahdu
Tsunami PRU12 buat terkedu
PRU13 terasa lama ditunggu
Tebus silap undian terdahulu

Di negeri 'yeop' nombor satu
Kembali pada pewaris dahulu
Kesan majoriti ADUN setuju
Puak si kancil meroyan laku

Putusan mahkamah sifat jitu
Tapi di hati depa tuhan tahu
Derhaka pada raja tak malu
Puak kancil kerasukan hantu

Gaya pimpinan kancil pandu
Hanya kata dia jadi penentu
Selesa si kancil dengan sebulu
Mana yang celek tidak tunggu

Dalam beberapa PRK berlaku
Kesan puak kancil janji palsu
Majoriti rakyat rapat bersatu
Sokong calon waris persetuju

Tanggal 16.09.2008 rekod tipu
Konon si kancil PM yang baru
Kekuasaan Allah jadi penentu
Tegar setianya tetap sebegitu

Hajat tawan sarawak terbuntu
Daripada 71, 52 si kancil mahu
Syabas SNAP enggan bersetuju
Gagal caturan satu lawan satu

Tak hairan DAP dan Pas setuju
Tuah si kancil ,mereka tunggu
Kelemahan si kancil depa tahu
Tiba masa, buah ugut berlaku

Beza dengan warisan dahulu
Gabungan tempatan persetuju
Diperluas ahli warisan bersatu
Sebegitu majoriti rakyat mahu

Jika menolak warisan bersatu
Dengan gimmik 'change' palu
Kepada puak kancil persetuju
Bermakna sengaja sudi ditipu

Tanggal 16.04.2011 bakal temu
Warisan sinonim BN kita tahu
Hanya kepada calon BN setuju
Jadi 'agas' yang Kancil seteru

Bijaksana kancil fokus individu
Nasib buaya sungai ingat selalu
Buaya titi sementara usah tiru
Ketok kepala sambil kancil lalu

Kepada pengundi sarawak diseru
Buat kancil dan geng tutup pintu
Auta belitnya amat sukar dihidu
Muslihatnya hanya dia didahulu

serling
[11.04.11]
isnin
…....
p/s:
-UM:11.04.11:isnin.
“Anwar berang”
-MM:10.04.11:ahad.
“Waspada janji 'kacang putih'”
“Pembangkang hanya mampu jual janji”
-BM:10.04.11:AHAD.
“Taktik baru pembangkang”

No comments: