Tuesday, May 3, 2011

BERAKHIRKAH ?

LUMPUHKAN AL-QEADA ?

Tanggal 02 Mei 2011 dirakami
Osama bin Laden dilapor mati
Perintah Obama menjadi realiti
Operasi unit khas laksana misi

Jangka masa 40 minit beraksi
Kepala osama, peluru sasari
Masih kabur gerakan operasi
Fokus pastikan osama mati

Hebat AS, hebat Osama lagi
Sepintas lalu jikalau perhati
Halus muslihat AS dalangi
Isu 'Al-Qaeda' bawa razeki

Guna kecanggihan teknologi
Mustahil sukar osama kesani
Dibiarkan osama tokok ahli
Fikir singkat,osama diagungi

Rangkaian osama kenalpasti
Mesej ingin AS memaklumi
Bahawa di mana bersembunyi
Pengikut osama mudah temui

11 september 2001 tak lupai
Bangunan WTC ranap jadi
Peranan Al-Qeada perakui
Nyawa melayang tak terperi

Lokasi di Riyadh, Arab Saudi
10 mac 1957 dilahir ke bumi
Anak ke tujuh belas hairaki
Daripada 52 kesemua sekali

Laluan hidupnya bertekateki
Dulu dengan CIA amat serasi
Hajat AS / CIA beliau turuti
Teramat istimewa AS layani

Arab saudi, tentera AS masuki
Kepada AS beliau memusuhi
Sengketa Kuwait-Iraq alami
Bersatus “seteru” hingga mati

Osama berkelulusan universiti
Dilucut kerakyatan arab saudi
Ada pengikut di lebih 40 negeri
Di Abbottabad, Pakistan akhiri

Osama punya dua sudut persepsi
Penyokongnya amatlah hormati
Buat AS, beliau ditakuti dan benci
Gerakan Al-Qeada pasti tak mati

Kepada Osama yang telah pergi
Hanya Al-fatihah wajar dizahiri
Ikhtibar kerjabuat beliau lalui
Tindakan menyalahi usah ikuti

serling
[03.05.2011]
selasa


p/s:
-UM:03.05.2011:selasa:
“Osama dibunuh”
-SinarHarian:03.05.2011:selasa:
“OBAMA BUNUH OSAMA”

No comments: