TELINGA DAN MATA DITERJAH !
Khutbah di Masjid Almunawarah
Dipromosikan dirinya pendakwah
Hari jumaat 30 januari bersejarah
Lihat Pengetua Swasta berkhutbah
Penulisan oleh Aisar Lee Abdullah
Hari Ahad 01.02.09 sampai madah
Di ruang pendapat @ sinar didedah
Roti dan Rotan, BN dituduh kaedah
Tok khatib dan Aisar selari terarah
Telinga dan mata kita mahu dijajah
Pada BN/UMNO rasa benci-marah
Komponen PR tidak pula disanggah
Para pendokong PR terpa dan terjah
Di mana sahja berpeluang mencelah
Dipahat telinga dan mata serbasalah
BN/UMNO tidak pula buat langkah
Ragu pada BN/UMNO minda diasah
Betapa buruknya bukan PR perintah
Kepada PR mahu kuasa dipersembah
Licik dan terancang strategi menjajah
Bila telinga dan mata sering terdedah
BN/UMNO tidah usaha menyanggah
Minta rakyat sendiri yang mengolah
Umpama mengutip buah tanpa galah
Menggunakan galah bukan hal mudah
Tersalah guna cara boleh ditimpa buah
Akibatkan tidak dapat buah tapi lelah
Kitar semula kaedah mereka berfaedah
serling
[03.02.09]
selasa
…….
p/s:
- Lihat Pengetua SWASTA Berkhutbah…” BILA LUKAH DI MASJID? USTAZ ‘DUPLICATE’ DI SHAH ALAM ? dalam forum kmu.net
- Sinar Harian:01.02.09:ahad: m.s:N15 (Ruang khas disediakan pihak akhbar )
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment