Tuesday, February 17, 2009

ALAH BISA, TEGAL BIASA !

DOUBLE STANDARD ?

Pemimpin ramai nak jadi
Rasakan diri punya kualiti
Selalunya amat yakin diri
Tetapi terlupa dia diperhati

Dalam senerio hidup realiti
Yang lebihan promosi diri
Diri dan kumpulan lindungi
Jika benar amat patut sekali

Politik tanah air mewarnai
Yang salah juga dilindungi
Bergelar YB bukan imuniti
Salahlaku kita rakyat hakimi

Beginilah ketua PR pegangi
Pabila YB Bt Lanjan alami
Ketika polis masih selidiki
BN dituduh buat konspirasi

Syabas YB terlibat pameri
Letak jawatan wajar sekali
Bos PKR lain pula beraksi
Mahu YB merehatkan diri

Wahai saudara dan saudari
Bohongi 16.09.08 diingati
Marilah pakat undur diri
Biarkan si dia menyendiri

Pemimpin begini hindari
Celupar kata sesuka hati
Belum pun pimpin negeri
Gunakan akal Allah beri

serling
18.02.09
rabu
……

No comments: