Thursday, February 26, 2009

POLITIK DURJANA ?

BILA PRIVASI DISALAH ERTI !

Wanita PKR terkini bersuara
Mereka kecam politik durjana
Privasi ahli politik usah cakna
Kata Zuraida selaku ketuanya

Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi
Disandar Zuraida hujah diberi
Ditafsir ikut kepentingan parti
Privasi individu telah salah erti

Kes ADUN Bt Lanjan meletup
Cepat Ketua PR berusaha tutup
Buruk moral buat PKR gugup
Bela ADUN, terpaksa sanggup

PR memang lidah bercabang
Membela walau salah terang
Bukannya dari anwar sorang
Seluruh PR sokong belakang

Tafsir Hak Asasi ikut keperluan
Tidak hairan jika aneh kelakuan
Diiktirafkan PR sebagai siuman
Demi jaga privasi perseorangan

Berpolitik itu memerlukan ilmu
Bukan dibaham apa yang jamu
Kaedah politik durjana merapu
Kalau pihak BN diserang selalu

Marilah disemak Rukun Negara
Kesopanan dan kesusilaan ada
Kes ADUN Bt Lanjan bermakna
Meletak jawatan langkah kena

serling
[26.02.09]
khamis
…..
p/s:
-Sinar Harian:26.02.09:khamis: “Wanita PKR kecam politik durjana”

No comments: