Sunday, February 22, 2009

GERAK MERAPU !

TEGAK BENANG BASAH !

Isu empatpuluh enam lembu
Si anwar cuba berbuat keliru
Salahguna kuasa senyap bisu
Lupakah jadi banduan dahulu

Dalam becakap tentang rasuah
Tidak layak khir toyo bermadah
Kata anwar, khir toyo bersalah
Ngapa tiada didakwa mahkamah

Penipuan si anwar, rakyat tahu
Tarikh 16.09.2008 telah berlalu
PR kuasai Malaysia tak berlaku
Pujukan lompat PR hanya lagu

Nizar jadi MB Perak bersejarah
Hilang majoriti sokong, gelabah
Jadi minoriti, DUN mahu diarah
Mohon derhaka, nizar persembah

Nizar gila talak pun rakyat tahu
Lebel MB Perak ditambah satu
Terkini di rumah sewanya baru
Kehendak si anwar patuh selalu

Pakatan Rakyat hadapi masalah
Janji PRU12 buat rakyat resah
Pembohongan janji nyata sudah
Pesongkan fokus rakyat terarah

Parti-parti dalam PR bersekutu
Auta kepada rakyat nombor satu
Double standard perkara berlaku
Libatkan PR, betullah diperaku

serling
[23.02.09]
isnin
…..
P/S:
-SinarHarian:23.03.09:ISNIN:
“Isu 46 lembu:SPRM dibidas”
“Khir Toyo tidak layak cakap tentang rasuah”
“Nizar tinggal kediaman rasmi”
“Kami akan teruskan perjuangan”

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

CANTEK SYAIR TUUUU

add said...

Anwar Suka main belakang
Eli suka main depan
Nik Ajis pula sokong telanjang
Tian chua pula yang meroyan