Tuesday, May 25, 2010

SAPA UNTUNG ?

BUKAN ISLAM LAYAK UNDI ?

Bukan orang lain bunyi
Cetusan daripada hadi
Presiden Pas kata berani
Dalam usaha pikat undi

Seperti baru ‘fatwa hadi’
Pada UMNO arah tujui
Bukan Islam usah rapati
Kafir mengkafir dibibiri

Apa yang Pas melakoni
UMNO telah lama dului
Bukan lakon tapi realiti
Dari Perikatan, BN kini

Bukan Islam boleh undi
Ayat gantung gaya bunyi
Mungkin lain hasrat hadi
Bukan Islam lain fahami

Bagai pikat memikat ahli
Dap-PKR-Pas akur sehati
Baru dua tahun usia kini
Dilihat curiga mencurigai

Sayap DAP Melayu jajai
DAP pusat telah merestui
Hebohlah DAP promosi
Satu senator melayu ukiri

Berbunyi resah sana sini
Bagai Pas tidak diyakini
Kempen DAP Melyu sepi
Adakah hati Pas dipeduli

Gilir Pas pula mengegari
Konon Pas amat disukai
20,000 bukan Islam akuri
Dengan Pas sehidup mati

DHPP singkatan promosi
Status ‘penyokong’ akui
Tetiba penyokong tatangi
Gegaran di Kedah hantui

Di depan MB Kedah zahiri
ADUN PKR dan DAP uari
Perasaan kecewa dendangi
Isyarat P R goyah sana sini

Tanpa tunggu walau sehari
Mudah komen Azizan beri
Konon PKR masalah kini
Kepada DAP tidak teguri

DAP dan Pas beza ideologi
Demi kuasa politik dilupai
Anggota parti depa curigai
Bilakah tamat lakonan ini

Boleh cayakah cakap hadi
Calon wanita pun hati-hati
Calon bukan Islam diuari
Auta politik sengaja jajai

Sapakah beruntung nanti
DAP memang Pas takuti
Bukan Islam, Pas tatangi
Demi jaga pemimpin parti

Anggota Pas insaf lah diri
Hala tuju Pas tersasar kini
'Kepimpinan Ulama' kuburi
'Pas For All' pula dendangi

serling
[26.05.10]
rabu
…….
p/s:
BERNAMA.COM:25 Mei, 2010 18:53 PM:selasa:
“Penyokong PAS Bukan Islam Mahu Dipercepatkan Kelayakan Mengundi Dalam Parti”

1 comment:

Wake UP! said...

DAP jugak yang untung. PAS jugak yang rugi.

Illuminati:Banking and money group.