SALAHKAH ‘SOP’ RONDA ?
Aminulrasyid telah pergi
Kedua ibubapa sayu hati
Keluarga dan rakan sertai
Timbul berbagai persepsi
Alfatihah buat arwah beri
Semoga rohnya dirahmati
Salah silapnya sempadani
Mana yang baik tauladani
Mata lihat, nahu terbebani
Ibubapa arwahlah harungi
Foto jadi kenangan abadi
Tiada kata boleh meredai
Umur remaja, arwah pergi
Banyak pihak tampil diri
Keluarga arwah ditolongi
Yang ikhlas kita sanjungi
Antara yang ingin berbakti
Tersorok udang sebalik mi
Belum pun punca ketahui
Kepada polis tunding jari
Dulu kejadian TBH mati
Belum kesahihan terpasti
SPRM dihala tunding jari
Minda masyarakat racuni
Bagi jamin ketelusan jadi
Badan bebas pantau fungsi
Bekas KPN turut anggotai
Peka kerajaan amat hargai
Selepas 12.00 malam jadi
Pandu kereta malam hari
Dengan teman jadi saksi
Ketika polis ronda rasmi
Moga segera siasat akhiri
Tiada apa perlu lindungi
Butiran jadi kena perinci
Siapa salah perlu diadili
Kerana rakyat mengikuti
Penjelasan samar dijauhi
Usah Polis dilebel zalimi
Terbukti PDRM berbakti
serling
[05.05.2010]
rabu
…..
p/s:
UM:05.05.2010:Rabu:
“Kes Aminulrasyid: SOP polis guna senjata diteliti”
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment