Friday, May 7, 2010

AMUKAN TOK KHATIB ?

BILA PENGETUA SWASTA KHUTBAH ?

Dalam kira empat jam lalu
Di masjid tanah putih baru
Seperti hamba dapat tahu
Pengetua swasta beritahu

Jemputan atau hadir diri
Para makmum tidak pasti
Tok khatib dari luar hadiri
Belum azan jumaat zahiri

Luar biasa khutbah beri
Tak guna teks MUIP kasi
Lancar dan gaya berapi
Seperti yang Pas ingini

Tanpa sebut Raja negeri
Kes arak sebat tidak jadi
Hujahannya tajam bunyi
Tidak tergamak rakami

Salahkan pada pengundi
Pilih kerajaan kuasa kini
Kehendak Islam pinggiri
Isyaratkan Pas disokongi

Funfair kg kurnia ungkiti
Kesan negative yang jadi
Sekolahnya juga merasai
Dakwa si kafir manfaati

Sapa jumpa si khatib ini
Hal arak Selangor tanyai
Salahkah hasan perjuangi
Betulkah apa DAP ingini

Pengetua ini amat berani
Wujud sekolahnya diizini
Juga bawah Sultan negeri
Pada Sultan elok dizahiri

Ulama bisu gelaran diberi
Pada Ulama yang diamdiri
Pemerintah tidak nasihati
Beza ulama dulu contohi

PRK juga disebut sesekali
Masa PRK, projek terjadi
Pembangunan pikat undi
Salah utamakan duniawi

Kabar mesej yang fahami
Yang uarkan Islam turuti
Lupa dia ‘Pas For All’ kini
Spesis Pas apakah dia ini

Soalnya patutkah berlaku
Hamburkan apa terbuku
Doa untuk sultan terbisu
Terlupa atau niat begitu

serling
[07.05.2010]
jumaat
…..

No comments: