Monday, May 3, 2010

LETAK JAWATAN ?

TIDAK SEMUDAH KATA ?

Letak jawatan mudah kata
Kerna mati seorang remaja
Selepas 12.00 malam masa
Ketua Polis Negara digesa

Imbau kepimpinan negara
Ketika PM keempat kuasa
Pihak pembangkang minta
Nik aziz pun rancak suara

TunM bijak urus perkara
Tidak tunggu setiba masa
Dalam PAU kejutkan kita
Atas desakan undur tunda

Naik pak lah, PM kelima
2003 hingga 2009 kuasa
Pak lah letak jawatan jua
April 2009, najib bermula

Letak jawatan hikmah ada
Pimpinan baru jadi kepala
Penambahbaikan kena ada
Manfaat pada semua kita

Masih terdengar di telinga
Ketika TunM undur minta
Konon beliau di zon senja
Tapi nik aziz kekal kuasa

Senang kata susah dikota
Pihak pembangkang kata
Orang lain salahan belaka
Depa salah dipejam mata

Anwar berbohong dibela
Konon 16.09.2008 mula
Tarikh P R kuasai negara
Kata MP BN menderhaka

Jika anwar sorang wibawa
Letak jawatan buat segera
Tarikh 17.09.2008 peraga
Sebaliknya belit auta pula

‘5 wifes 1 husband’ diguna
Di dalam kupasan peristiwa
Seperti polis sengaja dikena
Dalam kesamaran kisah ada

Kepada polis buruk sangka
Sebegitu pembangkang jaja
Kejayaan polis,pujian tiada
Ruang terdedah, kutuk saja

Analogi acapkali diperguna
Buruk kepala, gitu ekornya
Lihat P R empunya kepala
Tidak heran senada mereka

serling
[03.05.2010]
isnin
……
p/s:
UM:03.05.2101:ISNIN:
“PM:Tak wajar desak KPN letak jawatan”

No comments: