Monday, May 17, 2010

AKUI LEMAH ?


KUATKAH CALON DAP ?

Bila 59 % yang mengundi
DAP menangi 398 majoriti
Tapi dulu 68 % mengundi
Menang BN 3,235 majoriti

BN sepatut muhasabah diri
BN dulu dapat 19,138 undi
Ada susutan 691 undi kini
Pilihan 18,447 pengundi

Pengiraan mudah dipasti
Penyusutan 9 % pengundi
PRU12 beza PRK mewarnai
Ngapa peratus rusut tinggi

Dalam semua PRK rakami
Penentang BN rajin undi
Semangat mereka terpuji
Itulah majoriti diperolehi

Syabas najib memperakui
Lemah jentera BN tak nafi
Kuat jentera DAP peragai
Strategi DAP jelas menjadi

PRU 13 bakal kita hadapi
PRU DUN Sarawak dekati
Melihat arus pilihan undi
Peratus undi kena tinggi

Ambil kira halangan jadi
Berkurang 9 % pengundi
Faktor utama DAP kuasai
Begitu cantik demokrasi

MP DAP tambah satu lagi
BN menyusut satu kerusi
Terimalah hakikat terjadi
Dalam P R , DAP kepalai

Dengan ihsan DAP beri
P R kekal anwar ketuai
Selesakah anwar begini
Hajat DAP wajib patuhi

PRU dan PRK bakal lalui
Negara kita demokrasi
Hebat tangan pengundi
Berdebaran calon nanti

serling
[18.05.10]
isnin
…..
p/s:
AgendaDaily:17.05.2010:isnin:
“Sibu: Sudah terang lagi bersuluh…”

3 comments:

life is not a fairy tale dude said...

Don't give up. Be like a phoenix that rises back from the ashes.

Race based politics exists

life is not a fairy tale dude said...

Kalau lemah, perkuatkan diri agar dapat bangkit kembali.

Porn star at work

BENGAH @ SERLING said...

BN akan tunaikan janji
Tewas PRK Sibu diakui
Pilihlah lokasi prioriti
Lokasi BN kuasai dului

Cek Jutaan RM diberi
Belum hari mengundi
Kaum Cina manfaati
Itulah tuah kata rezeki

Hanya segelintir hargai
Undi BN tetap pameri
Bagi lokasi BN menangi
Segera bantuan terjanji

Jika abai lokasi menangi
PRU DUN Sarawak nanti
Penyokong terkecil hati
Amat susah pujuk nanti