SEMPENA HARI GURU 2010 !
16 MEI dalam sejarah
Hari guru 2010 meriah
Kuantan Pahang serlah
Negeri PM ke 6 bertuah
Mula dan akhir sekolah
Sebagai murid akur arah
Lain posisi, guru sekolah
Apabila bersara pasrah
Setiap tahun diperingati
Jasa guru hidup & mati
Pesara guru tersisih tepi
Bergelar tokoh saja jajai
Bagaikan lilin bakar diri
Tika khidmat dipujapuji
Bila pencen bawalah diri
Lilin gantian menyinari
Begitulah kitaran hakiki
Lilin gantian akan alami
Giliran akan disisih tepi
Segar bekas murid teguri
Pembina negara bangsa
Tahun ini dijadikan tema
Gurulah jentera penjana
Tanpa guru kabur terhala
Pengemis atau pun menteri
Dengar ‘guru’ patut ingati
Seawal sekolah rendah lagi
Sifat murni para guru bajai
Dalam proses tanam murni
Guru juga insan tak kecuali
Terbabas juga didikan beri
Pada guru ibubapa marahi
Jikalau salah guru dapati
Benang basah jangan aksi
Mohon maaf wajarlah diri
Pasti guru tetap dihormati
Segelintir guru berkerenah
Kerjaya guru jadi pemudah
Cari rezeki di bumi bertuah
Cepat mengeluh lalui susah
Majoriti guru masih gagah
Seluruh negara tetap jengah
Didik anak bangsa amanah
Moga guru diberkati Allah
serling
[16.05.10]
ahad
…..
p/s:
"Terima Kasih Cikgu, tanpa cikgu nukilan puisi ini tidak jadi realiti"
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment