NIK AZIZ TIDAK UNDUR ?
Pada UMNO, spekulasi nakal
Buat Pas, prihal nik aziz kekal
Minda melayu bagai ditunjal
Dalam BN dan Pas terungkal
Menurut sumber yang rapat
PRU 13 adalah terakhir giat
Jika diri nik aziz masih sihat
MB kelantan terusan jawat
Pada usia 79 tahun tika ini
Kalau berada di luar negeri
Bukanlah pelek bergiat lagi
Lemah alasan undurkan diri
Ketika TunM sebagi PM kita
Pada PM disuruh undur saja
Alasan nik aziz faktor senja
Pada dirinya lain pula bicara
Tonjol politik 43 tahun dulu
PRK 1967 bermula halatuju
Kelantan Hilir diingat selalu
Jadi MP banyak orang mahu
1974 wakil Pangkalan Chepa
Menang tiket BN tidak lupa
Semasa Pas dalam BN serta
Sejak 2008 jadi regu P R pula
Imej ulama beliau memiliki
Aset Pas bernilai amat tinggi
Ceramahnya ramai dengari
Intinya Islam tak kompromi
Kembar Kelantan-trengganu
Di situlah lokasi Pas berkubu
UMNO mangsa sindir selalu
Kerana pakat bukan melayu
Begitulah Allah maha kuasa
PRU 12 tahun 2008 angkara
Tsunami politik atas negara
DAP,Pas dan PKR ikrar setia
Kalau difikirkan jadi penat
Imej ulama dan politik buat
Dahulu dan sekarang dilihat
Halatuju politik lebih semat
Duapuluh tahun tetap kekal
MB Kelantan beliau terkenal
Katanya ahli Pas tidak sangkal
Sesuaikah MB lagi sepenggal
serling
[23.05.10]
ahad
…….
p/s:
NSTonline:Sunday, May 23, 2010, 10.26 AM
“Nik Aziz may contest polls for last time”
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nik Aziz gila kuasa. Samy Vellu gila kuasa. Lim Kit Siang gila kuasa. Orang gila kuasa akan lebih mementingkan diri dari kepentingan parti.
PKR=Illmuninati.
Post a Comment