BILA UMNO DISENDA ?
11 Mei 1946 wajib ingati
Di johor baharu dizahiri
Ujudlah UMNO cara rasmi
Di Istana Sultan ikatjanji
Usia 64 tahun UMNO kini
Sewajar kita mensyukuri
Semua penduduk nikmati
Agama dan ras merentasi
Titik sejarah seawal lagi
Di Kelab Sulaiman lokasi
1 hingga 3 Mac 1946 ukiri
41 badan melayu diwakili
Melayu selangor pelopori
Kampung Baharu paksi
Permudah hadir delegasi
Tiga usul sebulat setujui
Pertama UMNO dimetri
Kedua MU dibangkangi
Ketiga pelajaran prioriti
Semua jadi visi dan misi
1 April 1946 jadi tragedi
Malayan Union dirasmi
Melayu bantah tak peduli
Keras kepala British aksi
Hikmah MU dipaksa jadi
Permudah melayu sehati
Istana di JB ikut berbakti
Satu melayu semua negeri
UMNO sebagai organisasi
Visi dan misi impak tinggi
Malayan Union nyah pergi
Status sultan pulih kembali
British akur rakyat ingini
PTM ganti MU maklumi
Tahun 1948 tarikh mulai
UMNO dan melayu selari
Nasib Tanah melayu lalui
1948-1960 darurat landai
Komunis Malaya dalangi
Tentangan senjata hadapi
Terbukti Melayu baik hati
Dua kaum besar lain ikati
Parti Perikatan lahir rasmi
MCA serta MIC mewakili
Barisan Nasional melebari
Ganti Perikatan direalisasi
Seluruh Malaysia dikenali
Sabah dan Serawak sertai
UMNO dituduh berat kini
Konon bukan bumi zalimi
Parti Pas tumpang sekaki
Topengkan agama racuni
Agar UMNO relevan lagi
Sentiasa muhasabah diri
Pucuk dedalu mesti awasi
Si liabiliti jangan lindungi
Dengan tiga juta lebih ahli
Parti UMNO mesti berani
Pemuda tidak padu rasai
Ketua yang baru diingini
Pokok yang segar analogi
Ranting dan dahan cantasi
Tika problem baru mulai
Jika dibiarkan pokok mati
Pimpinan najib kita perhati
Terbuka dengar rintih ahli
Yang pahit mesti ditimbangi
Manis jangan mudah ditelani
serling
13.05.2010
khamis
……
p/s:
UM;12.05.2010:Rabu
“UMNO jangan leka”
“Kaji sejarah sebelum tuduh kerajaan kuku besi”
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Dalam dunia ini tidak ada kebetulan.
take care of your own communist party
DAP yang kuku besi. Tengok di Pulau Pinang pun habis peniaga Melayu ditindasnya.
Kalau DAP perintah persekutuan, Melayu dihalau dari negara sendiri.
PAS, ally of communist
Pulau Pinang menjadi pengajaran. Jangan ulangi dengan beri undi pada DAP.
Chauvinist party
Cina rasis takkan berubah.
racist extremists in DAP is at it again
Post a Comment