Sunday, May 30, 2010

HAKIM ‘BAHALOL’ ?

SUARA LUAR BIASA OKT ?

Dalam ceramah perdana
Penasihat PKR buat kata
Tanah Merah tempatnya
Nik Aziz dan LKS serta

Diketahui seluruh dunia
Anwar kes liwat kedua
Dibebas yang pertama
Hakim tidak pula dikata

Kes kedua sedang bicara
Beza bicara kes pertama
Fakta kes sukarkan dia
Berbagai helah rekacipta

Sekilas kes liwat kedua
Bila saiful dedah perkara
Kedutaan Turki, dia terpa
Konon terancam nyawa

Akal kancil mudah teka
Tindak saiful luar jangka
Paksa anwar perah minda
Lokasi kedutaan diguna

Lokasi menyorok di sana
Dengan ICT canggih ada
Rakan seluruh dunia tanya
Nasihat ‘terbaik’ ikutinya

Mangsa ‘fitnah’ anwar jaja
Simpati penyokong diminta
Dakwa kali kedua mangsa
Tapi celekkan rakyat biasa

Dakwa anwar sengaja ada
Jaga hati penyokong setia
Kepada ahli fikir terbuka
Gagal anwar yakin mereka

Parti PKR amat rapuh rupa
YB dan ahli parti PKR biasa
Tinggalkan PKR terpingga
Digunakan lagi luar jangka

Keluar PKR hampas belaka
Kategori baik kekal bersama
Anwar dan pimpinan suara
Umum pandang sebaliknya

Tiap tahun 29 Mei tak lupa
Ingat P.Ramlee tinggal kita
Kini 29 Mei 2010 ingat juga
Hakim ‘bahalol’ anwar kata

Kepada sesiapa kena bicara
“Yang Arif” lazimnya guna
Apabila ‘bahalol’ anwar jaja
Tidakkah itu panggilan hina

Ketika dalam sidang bicara
OKT dan pertuduhan ada
Pendakwa serta hakim jua
Termasuklah peguambela

Gelagat OKT cetus curiga
Buat dirinya hakim bicara
Konon dirinya kena anaya
Tuduh hakim zalimkannya

Satu masa TPM Malaysia
Rakannya terkini menjaja
Gelaran ‘aljuburi’ merata
Mat sabu antara rajin kata

Kepala dingin wajar ada
Bukan ikut muslihat apa
Tegakkan keadilan minta
Hak saiful untuk dibicara

Bukan Islam boleh belaka
Soal moral belakang kira
Pemimpin hanya berkerja
Tiada hal YB bogel gaya

Pilih kerajaan tangan kita
Pemimpin parti kena peka
Yang tak bersih jauhi dia
Moga Malaysia terus mara

serling
[30.05.10]
ahad
……
p/s:
UM:30.05.10:ahad:
“Anwar sifatkan hakim sebagai 'bahalol' “


KOTA BHARU 29 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar membuat kenyataan mengejutkan dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai 'bahalol' kerana meneruskan perbicaraan.
Beliau turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak.
"Tak kena pun, bawa kes juga... bagaimana, saya pun tidak fahamlah ceritanya. Nak cerita pun malu...ini fitnah...siasatlah.
"Mana tahu bocor, hantar ke doktor dan belek-belek tidak ada apa... ekzos paip tidak bocor. Tidak kira, tidak mengapa, hakim kata mana tahu situ tidak bocor ada tempat lain bocor.
"Bocor lubang hidung ke...bahalol," tegas beliau ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini malam tadi.
Ceramah perdana itu turut disertai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kini sedang menghadapi perbicaraan tuduhan liwat...................................................................

3 comments:

Wake UP! said...

Peliwat yang jadi hamba abdi Yahudi tu bahlol sebenarnya.

Sodap jo mulut ang mengata orang ya al jub. Cermin diri la sapa yang bahlol!

Apostate and tithe.

Wake UP! said...

Anwar yang bahalol sebab ingat boleh tipu Israel. Yang Israel tipu dan gunakan dia, dia tak sedar.

Begitulah bila dah 'psyco' nak jadi PM.

Act against Israel terrorist.

BENGAH @ SERLING said...

Syabas kepada pemuda
Aksi ‘celupar’ jaga-jaga
Berdiam gaya setuju aja
Usah tunggu lama-lama

Pemuda UMNO terkini
Di KL, IPD Dang Wangi
Pada Polis, lapor zahiri
Celuparan anwar aksi

p/s:
UM:04.06.2010:jumaat:
Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.
Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 4 petang ini.
Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan.
“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat.
“Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.
Pada 29 Mei lalu, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai ‘bahalol’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.
Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai ‘rosak dan punah’ serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak.
Megat Firdouz menambah, kenyataan jahat Anwar yang merupakan seorang pemimpin atasan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak berkuasa.
“Kami mahu pihak polis bertindak tegas terhadap laporan ini kerana bimbang orang ramai juga turut bertindak seperti Anwar selepas ini.