ENAM PULUH ENAM ?
MATANG TETAP BERTENAGA ?
Hampir tujuh dekad berusia
Enam puluh enam tepatnya
UMNO matang dan berceria
Prinsip juang tak pernah lupa
Agama, bangsa dan Negara
Anggota UMNO tetap caya
Kepimpinan wajib menjaga
Ungkapan Hang Tuah nyata
Mertabat kita mesti dibela
Hak kaum lain tetap dijaga
Keadilan itu tuntutan agama
BN bukti tidak tamak kuasa
MCA dan MIC rakan mula
Parti Perikatan beri nama
Kini Barisan Nasional pula
Tsunami PRU12 menduga
UMNO/BN terpaksa mara
Pastinya penuh yakin caya
Kerja kuat wajib sentiasa
Menangi PRU13 ditujuhala
Menang cemerlang minta
Majoriti nipis tidak makna
Semua negeri dikuasai kita
Nasib rakyat teras agenda
Aktiviti lawan wajib peka
Kita berlaga padang sama
Tangan pengundi serupa
Silap tindak tsunami juga
Nanti PRU13 entahkan bila
Izin Allah dan berkat usaha
Semoga UMNO/BN Berjaya
Gagal kita tempah bencana
Serling
[12.05.12]
Sabtu
…….
No comments:
Post a Comment