Friday, May 25, 2012

NASIB KANCIL ?
SAAT  MERUDUM ?

Fizikal kancil kecil sahaja
Hebat kancil berkarisma
Bintang besar  terpedaya
Gajah dan buaya  terkena

Konon kiamat hampir tiba
Awam mendung penanda
Masuk dalam gaung  sama
Tipu daya kancil mengena

Berkata kancil pada buaya
Bilangan buaya akan dikira
Susun buaya jadi titiannya
Hajat seberang sungai jaya

Lembut gigi dari lidah gaya
Capai hala tuju peribadinya
Sebegitu kancil kini bergaya
Tiga kelompok parti dikuda

Takdir Allah maha berkuasa
Bagaikan kejutan letrik ada
Banyak kawan lama jauhi dia
Hanya timbalan kekal setia                                                                                                                   

Ketika ‘Bersih 3.0’ kacau kita
Kancil isyarat timbalan setia
Berlakulah seperti dijangka
Kini salahkan pihak polis pula

Bersama timbalan kena bicara
Beberapa peserta ikut didakwa
Tapi Julai akan sebutan semula
Kejutan kancil pilih peguambela

Dulu dalam parlimen karpal jaja
Konon kancil meliwat, dia suara
Tetapi peguam  kes liwat kedua
Kini bekas peguam cara Negara

Sebagai seorang yang bersara
Status peguamnya untuk bela
Cetus berbagai interpetasi ada
Tunggu dan lihat bila Julai tiba

Akal kancil mudah untuk teka
Berbuat sesuatu menfaat dia
Dulu pendakwa, kini  pembela
Masuk mahkamah, kancil biasa

Sebenar kancil serabut kepala
Menjelajah ‘TIBAI’ meratarata
Bekas geng rapat kancil belaka
Mampukah kancil pekak telinga

Menjelang PRU13 bakal jumpa
Gerak kerja ‘TIBAI’ terus mara
Satu demi satu buat kancil jaja
Usaha ‘TIBAI’ nampak hasilnya

Dulu ‘Akal Kancil’ dikongsisama
‘Nasib Kancil’ sebagai tokoknya
 99.9 peratus’ tulen’ masa bicara
‘Saat Merudum’ menanti masa

Selamat Negara wajib laksana
Apa pun strategi ‘kancil' guna
Agama, bangsa, Negara dijaga
Hentikan ‘ kancil’ tunggang kita

Serling
[25.05.12]
Jumaat
…….

No comments: