Sunday, March 25, 2012

PERSEPSI ATAU REALITI ?

PERSEPSI ATAU REALITI ?
‘MEMAHAMI ISYARAT WANITA UMNO”

Guna Laporan audit Negara
Kelemahan NFC kongsisma
Pembangkang canang rata
Di bahu BN tembakan hala

Pengerusi NFC status suami
Shahrizat seorang menteri
Kini kes mahkamah dimulai
Betul atau salah akan adili

Tanggal lapan april dinanti
Tempoh senatornya akhiri
Umum letak jawatan tepati
Ketua Wanita kekalkan lagi

Tentusah oleh najib sendiri
Pemilihan Ketua oleh ahli
Najib hanya tidak sanggahi
Bagai sengaja tidak fahami

Sekiranya ahli sebalik ingini
Pastinya najib memperakui
Inilah kemungkinan tak jadi
23 Mac 2012 di PWTC saksi

‘Warung politik’ baca teliti
Dalam MM terbitan hari ini
Wan Azizah hadapi ,analogi
Suami kes moral, gagah lagi

Analogi negatif patut jauhi
Usah pula timbul persepsi
BN dan PKR sama melakoni
Tidak undi BN bakal jumpai

Kamilia bagaikan diserangi
Kata beberapa exco kongsi
Konon buruknya beliau ini
Muslihat exco wajar awasi

Pada najib harapan tinggi
PRU13 yang bakal hadapi
Usah tambah ranjau duri
Isu Shahrizat, hal perbadi

Pilihan terbaik ambil cuti
Biarkan para exco urusdiri
Pilih seorang mengepali
Status jalan tugas metri

Beristeri seorang menteri
Apa pun pekerjaan suami
Ada impak kerjaya menteri
Prihal negatif jadi liabiliti

Bayang dalam PRU13 lalui
Gerak bela shahrizat temui
Keutaman BN akan sampingi
Tsunami 2008 boleh ulangi

UMNO/BN dan PKR beza
Timbul berbagai benda
PKR utamakan keluarga
UMNO/BN milik anggota

serling
[25.03.12]
ahad
……

p/s:
MM:25.03.12:ahad:
“Warung Politik – Memahami isyarat Wanita WMNO”

No comments: