Thursday, March 15, 2012

SAYAP SETARAF ?

BILA STATUS MENTERI TIADA ?

Petua pasukan boleh jaya
Semua anggota seia sekata
Anggota masalah, jika ada
Empunya diri wajib peka

UMNO pun demikian juga
Shahrizat berbuat betul cara
Syabas shahrizat undur juga
Belum pun NFC putus bicara

Tentulah Najib lega kepala
Terserah mahkamah bicara
Sebarang keputusan terima
Salah atau tidak tandatanya

Lee Chong Wei juga peraga
Dalam dakian tangga juara
Undur diri secara sukarela
Kerna bahunya yang cedera

Sebagai Ketua sayap Wnita
Musuh dalam dan luar ada
Kawan setia rasa kecewa
Pihak musuh amatlah suka

Lawan BN kurang gembira
Shahrizat undur tidak duga
Kurang satu isu untuk guna
Konon BN sekongkol bela

Calon boleh menang agenda
Najib dan pimpinan BN jaja
Cakap dan buat kena sehala
Tindakan Shahrizat berharga

Bukan menjadi satu rahsia
Yang bermasalah bersahaja
Konon dirinya amat bersedia
Tiada calon lain akan berjaya

Selepas lapan April bermula
Wanita dan Pemuda serupa
Kuasa sebagai Menteri tiada
Gencatkah perancangan ada

Menjelang PRU 13 bakal sua
Kedua-dua sayap usah leka
Lawan UMNO/BN gigih usaha
Tangkis dan serang kena jaja

serling
[15.03.2012]
Khamis
……

No comments: