Thursday, December 9, 2010

‘TUTUP MULUT’ ?


MUNGKIN MAKAN DIRI ?

‘Tutup mulut’ tajuk berita
Muka satu BH jelas nyata
Kepada DSKT, AG pinta
Blog DSKT catat perkara

Boleh ‘makan diri sendiri’
Kemungkinan AG zahiri
Syabas AG segera uari
Halang DSKT lajak aksi

SPRM yang berdedikasi
Disedia enambelas saksi
Bersamalah tunggu hari
Perbicaraan akan dimulai

Setelah sebutan kes lalui
Segera DSKT mengikrari
Ke mahkamah serah diri
Akur apa putusan hakimi

DSKT diminta sabar diri
Tunggu tiga minggu lagi
Tersurat tuduhan fahami
Murah nilai DSKT dapati

Jurus tuduhan dihadapi
Adakah ‘rasuah’ warnai
Putusan Hakim tunggui
Sebelum itu, spekulasi

Tenguk kes liwat hadapi
Kali kedua DSAI melalui
Bebas yang dulu hakimi
Caragaya DSAI diulangi

Kata mangsa konspirasi
DSAI jaja seluruh negeri
Penyokong tegar yakini
Dakwaan DSAI disetujui

Kes pertama dan terkini
Tidak perasan AG bunyi
Seperti DSKT diperingati
Adakah kes DSAI diizini

Demikian ramai persepsi
Beza keskah begitu jadi
Istimewakah DSAI layani
Mereka berdua ‘DS’ miliki

Dilihat cara DSAI pameri
SU PKR ikut tandatangani
Belum bicara, kata inayai
Budaya baru pra dihakimi

Luar mahkamah dicemari
Kain rentang ‘fitnah’ jajai
Bagaikan diizinkan terjadi
Persenda mahkamah uari

Mejunjung kehakiman kita
Harap AG perhati perkara
Dalam DSAI proses bicara
Terlihat DSAI bebas suara

serling
[09.12.2010]
khamis
…..
-BH;09.12.2010:khamis:
“Tutup mulut”
-UM;09.12.2010:khamis;
“Khir sah letak jawatan Ketua Pembangkang”

1 comment:

Wake UP! said...

Kini sudah keluar wiki,
Tentang Anwar sekor Al Juburi,
Mungkinkah dia akan kena maki,
Dengan penyokongnya yang bistari.