Thursday, December 30, 2010

SABAR MENANTI ?

BAGAI BOLA SEPAK ?

Sabar menanti bahagia
Jaya bolasepak negara
Piala Suzuki 2010 juara
Aggreget 4-2 aras tanda

Syabas pasukan negara
Hari akhir bercuti kita
Ihsan PM kongsi suka
Sentuhan R.gopal jaya

Teringat apa najib kata
Analogi UMNO berjaya
Pasukan bolasepak guna
Kerja pasukan mesti ada

Di Jakarta tewas 5-1,peka
Lemah semangat tak rasa
Macam PRU12, BN kena
Isyarat Perak, BN semula

Di Bukit Jalil 3-0 bergaya
Isyarat pakatan lemah ada
Galas dan Batu Sapi punya
Bagaikan Tenang, BN juga

Di Jakarta, pusingan kedua
Tewas 2-1 pasukan negara
Tapi aggreget menang kita
Itukah isyarat PRU 13 jaja

Keputusan PRU 13 terasa
Di 2 negeri, pakatan kuasa
Di Pulau dan Kelante, depa
1 negeri tegar depa jangka

Tahun 2004 insafkan kita
26 Disember ingat sentiasa
21 Mac , PRU 11 bergaya
Majoriti BN amatlah lega

Kaedah bolasepak terlupa
Kapten pasukan gaya leka
Pasukan BN pamer selesa
Pasukan lawan tetap usaha

Ketika susutan BN terasa
Punahsihat maharajalela
Hujahkan kajian BN juara
Tergoda kapten terus caya

PRU 12 diada tergesa-gesa
Walau tempoh masih lama
Di 5 negeri pakatan kuasa
Pinda pasukan BN terpaksa

BN cerah kapten baru ada
Najib, kapten baru kepala
1Malaysia obor bercahaya
Pasukan BN baru berusaha

Selaku kapten najib berjaga
Awasi liabiliti dedalu serta
Pelek ada suka promosi dia
Tonjolan peribadinya utama

Semasa kapten BN, mertua
Menegurnya takut tersuara
Adainya najib sebegitu juga
BN sebelum 2008 mimpi aja

Program JOM gerak pemuda
Focus gambarnya lebih rasa
Tanpa gambarnya sikit berita
Impak kepada BN sipi sahaja

Buat difikirkan kita bersama
Kemanakah BN layar bahtera
Najib selaku kapten, terbuka
Barulah pasukan BN perkasa

Caragaya R.gopal mengena
Sabar menanti tanpa kecewa
Hanya yang terbaik bersama
Kurang serasi gugur segera

Semoga BN gagah sentiasa
Bolasepak negara umpama
Kerana najib peminat setia
Selamat BN daripada bala

Serling
[30.12.2010]
khamis
……
-UM;30.12.10:khamis:
“PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara”
-BH:30.12.10:khamis:
“Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini”
-SinarHarian:30.12.10:khamis:
“Harimau ceria, Garuda menangis hiba”
-Kosmo:30.12.10:khamis.
“Penantian 14 tahun berakhir”
-HarianMetro:30.12.10:khamis
'Kekecewaan kami ditebus'
-NST:30.`12.10:khamis
“We Are Asian Champions”
-TheStarOnline:30.12.10;khamis
“Cries of ‘Malaysia Boleh’ echo throughout the country”

No comments: