IKHTIBAR SERANGAN TODAK ?
Diriwayatkan era dahulukala
Peristiwa di pulau singapura
Pemerintahnya ketuanan raja
Ada lebelkan dongeng sahaja
Todak melanggar singapura
Ramailah rakyat jadi mangsa
Raja singapura berdukacita
Para pembesar tidak terkata
Berkubukan betis hanya cara
Ramai terbunuh dan tercedera
Sepontan sorang budak suara
Saran batang pisang perguna
Terfikir raja kebenaran kata
Batang pisang jelas berjasa
Budak pun dianugerah raja
Para pembesar tidak selesa
Bermula episode yang biasa
Pemikiran raja diracuni depa
Si budak cerdik amat bahaya
Hukuman bunuh dititah raja
Para pembesar teramat suka
Berleluasa salahguna kuasa
Amat mudah raja diperguna
Sinis peringatan orang lama
Kini realisasi perintah negara
Wawasan 2020 arah tujuhala
Sedemikianlah analogi terasa
Bila ‘tegur budak’ dilekeh saja
Caragaya pembesar dulukala
Banyak tidak ikhlas pada raja
Periuk nasi sendiri jadi utama
Masih mudah kita sua jumpa
Yang demikian segelintir saja
Bagai api di dalam sekam ada
Kelihatan sekam seperti biasa
Tersedar api apabila membara
Hanya pada najib harapan jua
Liabiliti UMNO kena waspada
KP dan segelintir yang semasa
Persilatannya teramat bahaya
Jika ‘budak’ itu wakili hamba
Para blogger lain yang senada
Janganlah kami dilekeh sahaja
Demi agama,bangsa dan negara
serling
[02.12.2010]
khamis
….
p/s;
UM;01.12.2010;rabu
‘Pemilihan UMNO ditangguh’
‘Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri diumum sebelum akhir tahun’
‘Laksana dasar: Semua pihak diutama”
Wednesday, December 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment