Monday, November 22, 2010

SEJARAH DIULANG ?

BERSULUH SIANG HARI ?

Gembar gembur sana sini
PKR punyai 400 ribu ahli
Contoh amalan demokrasi
Pemimpin dipilih akar umbi

Hebahan 222 cabang parti
Samada cegas ataupun mati
Seperti keputusan tak rasmi
Keinginan anwar sah penuhi

Pabila zaid lawan azmin ali
Banyaklah timbul persepsi
Jikalau zaid tidak tandingi
Tiada berita buat dendangi

Sebelum PKR, zaid masuki
Tentulah ada menarik hati
Tanding Ulu Selangor diuji
Juga jawatan penting diberi

Sejarah dahulu, anwar aksi
Ketika ABIM mahu ketuai
Orangnya mewakili negeri
Takhta ABIM beliau kuasai

Ubah sikit modus operandi
Status penasihat rasa tinggi
Dia tidak ikut serta tandingi
Orang pilihannya ditolongi

16.12.10 zaid mendendangi
Isytihar Zaid lucutkan ahli
PKR putuskan umum rasmi
Begitu cara PKR balas budi

Konon pamerkan demokrasi
Dengan jumlah keluar undi
PKR tidak punya ramai ahli
Atau majority ahli cabut lari

Apa anwar amat mengingini
Persepsi orang di luar negeri
Amalan demokrasi dia ikuti
Dapat zaid, anwar tunggangi

Lihat barisan bakal kepalai
Barisan “yes-man” dimetri
Suara sumbang haram jadi
Permudahlah hala sana sini

Ingat akan Dr syed husin ali
Dahulu PRM beliau kepalai
Dengan parti keadilan metri
Tahun 2003 PKR pun jadi

Berbaloi juga korban diberi
Timbalan PKR, syed kuasai
Tahun 2009, senator perolehi
Buat 3 tahun selangor wakili

Yang menarik untuk perhati
Bersegera syed umum rasmi
Tak pertahan jawatan duduki
Susunatur anwar, dia patuhi

Dengan kes liwat dihadapi
Urusan parti, anwar susuni
Diyakini setia serta famili
Kata beliau saja hala parti

35 gambar sebahagian saksi
Bisik-bisik mingguan kongsi
Barisan PKR tidak kuat kini
Mungkin PRU13 penutup rasmi

serling
[22.11.10]
isnin

p/s:
MM:21.11.2010:ahad:
“Siapa yang benar, Anwar atau mereka”
BHOnline:22:11:2010:isnin:19:15:20PM
“Azmin Ali bakal Timbalan Presiden PKR”

No comments: