Thursday, November 4, 2010

PEDULI APA ?

MENANTI PEMENANG ?

Yang ditunggu dah tiba
Tarikh 4 November sua
Galas dan batu sapi ceria
Undi pengundi berharga

Apa pertandingan terjadi
Sukar ketemu hasilan seri
Si pemenang gembira hati
Yang tewas sebalik alami

Status sebelum PRK ada
DUN Galas, Pas wakilnya
Di batu sapi BN berkuasa
Bila PRK bagaimana pula

Kesan air tangan pengundi
Kedua pihak amat khuatiri
Jika tewas parti disokongi
Parti lawan tinggi majoriti

Bukti pengundi berkuasa
Petugas parti temu semua
Lembut gigi dari lidah sua
Calon yang dicayai berjaya

Pengundi serbasalah temui
Langkah kurang bijak aksi
Rosak undi, semua ditandai
Ada yang pilih ponteng undi

Yang tak mahu kita jumpa
Musang bulu ayam berada
Kerna calon bukannya dia
Tewas partinya peduli apa

serling
[04.11.2010]
khamis
…..
p/s:
UM;04.11.2010;Khamis:
"Siapa bakal kuasai DUN Galas"
"Fatwa baru Pas terdesak"
"SPR jangka peratus keluar
mengundi lebih tinggi"
"Jangan terpedaya hasutan"

No comments: