Sunday, November 7, 2010

LEKEH PENGUNDI ?

KEMASKAH PARTI ?

4 November baru dilalui
PRK galas dan batu sapi
BN menang kedua sekali
Pakatan Rakyat gigit jari

BN diwakili UMNO aksi
Di galas dapat 5324 undi
Dicatat undi 1190 majoriti
Mandat pengundi hormati

Sejak YB galas dulu mati
Aturcara demokrasi ikuti
Hinggalah hari mengundi
83 peratus pengundi hadiri

Yang tak nak Pas dengari
Pas gagal pertahan kerusi
Amat pahit Pas menelani
Terhambur komen sangsi

Bagai pelekeh pengundi
Nik aziz sanggup bunyi
Status ulama memancingi
Kata BN main kotor jajai

Patutnya muhasabah diri
Rosot undi Pas perolehi
Dulu dapat 4399 sokongi
Menjadi 4134 sahaja kini

Apa alamat buat renungi
BN jangan selesakan diri
Anggap ujian Allah beri
Dabik dada usah pameri

Biarkan Pas gaya sendiri
Menang, pengundi dipuji
Tertewas, lekeh pengundi
Berlagak kuasa Allah nafi

Sejak PRU12 hingga kini
Banyak PRK dipaksa lalui
Ketika lawan BN menangi
Depa dabik dada meninggi

Semasa 16.09.08 dendangi
Penyokong Pakatan yakini
Anwar bohong tak kesani
Kedai kopi medan promosi

Akibat anwar jaja bohongi
Tarikh 16.09.08 kita lalui
Yang atas pagar undur diri
Galas dan batu sapi saksi

Dahulu najib buat analogi
UMNO jadi team bola aksi
Si ketua pemuda hati-hati
Pengganti beliau kena cari

serling
[07.11.2010]
ahad
….
p/s:
UM:06.11.2010:sabtu:
“Mursyidur Am Pas ragui kemenangan BN”
“Pengajaran daripada pilihan raya kecil Galas”
BM:07.11.2010:ahad:
“Aspirasi PM turut diterima bukan Melayu”
“Pendekatan Strategi baru BN tarik minat pengundi muda”

No comments: